Pages

♥ikLaN

Followers

Friday 9 November 2012

Derita 5 jam dalam lori remuk




TERSEPIT...anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.

NASIB...Ibrahim menahan kesakitan sebelum dikeluarkan dari lori.

BEHRANG: Seorang pemandu lori menderita kesakitan selama lima jam apabila kedua-dua kakinya tersepit selepas lori dipandu terbabas dan terbalik di kawasan kebun sayur berhampiran kilometer 382, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Behrang, semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, Ibrahim Yusof, 54, dikatakan gagal mengawal lori dipandu membawa sarat plastik penutup dawai elektrik selepas tayar kenderaan itu meletup.

Keadaan itu menyebabkan kenderaan dipandu mangsa merempuh besi pembahagi jalan di tepi lebuh raya sebelum menjunam ke tebing lalu terbalik dan menghempap kaki mangsa.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, sepasukan anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Slim River dan Tanjung Malim yang bergegas ke lokasi sukar mengeluarkan mangsa apabila jentera berat digunakan gagal mengangkat kepala lori itu.

“Tugas menyelamat terpaksa dilakukan penuh berhati-hati berikutan mangsa kerap menjerit kesakitan dan masih dalam keadaan sedar. Mangsa mampu berkomunikasi terpaksa membongkok dan meniarap di bawah lori itu. Hujan lebat tambah menyukarkan operasi menyelamat mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa akhirnya dapat dibawa keluar dari bawah lori jam 6.15 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River menerima rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09

Keluarga wang palsu


Oleh Salman Hamat;salman@hmetro.com.my
         
DIBURU...Nor Hashim (kiri) memegang gambar suspek dirakam CCTV.

LICIK...suspek berurusan di kaunter pembayaran di sebuah restoran.

NUSAJAYA: Enam beranak diburu polis kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini, tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi. Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di sekurang-kurangnya tiga kedai.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.

“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09

88 tahun nanti gambar kahwin


IMPIAN TERLAKSANA...Wu dan isteri, Sognshi.

NANCHING: Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan.

Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu. Tetapi bagi pasangan ini, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka.

Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924. Bagaimanapun, mereka tidak merakam gambar perkahwinan itu sehinggalah baru-baru ini.

Conghan, 101, dan Sognshi, 103, hidup bahagia bersama sejak 88 tahun lalu. Mereka selalu mengimpi untuk merakamkan gambar kahwin mereka.  Tetapi pasangan itu tidak mempunyai pilihan apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun berkenaan.

Impian mereka dijadikan realiti baru-baru ini oleh sebuah syarikat foto di Nanching, bandar tempat tinggal mereka. Seperti apa juga yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan, pengantin perempuan mahu rakaman itu paling sempurna dan memastikan suaminya kelihatan paling segak denghan baju putih. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09

Thursday 8 November 2012

Dera sampai mati lalu campak dari tingkat 15


LONDON: Seorang pemilik anjing, menyiksa haiwan peliharaannya hingga mati sebelum mencampakkannya dari balkoni flat tingkat 15 untuk menutup perbuatan jahatnya.

Dean Edwards, 44, memukul anjing Staffordshire Bull Terrier bernama Diesel berusia dua setengah tahun dengan teruk di rumahnya di Bloxwich, Walsall sehingga menyebabkan organ dalaman haiwan itu mengalami “kecederaan dahsyat”.

Semalam, Dean dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSCPA) dan polis menemui Diesel terbaring berlumuran darah di atas tanah.

Dean mendakwa dia tahu mengenai Diesel yang terbaring selepas diberitahu oleh jirannya. Dia memberitahu jiran, Diesel mungkin tidur di balkoni dan terjatuh.Polis mengesyaki Dean berbohong kerana mereka menemui tompokan darah anjing di balkoni dan di dalam flat itu. - Daily Mail

Photo by dailymail.co.uk

Rompakan ala filem James Bond


>ENAM perompak menunggang motosikal berkuasa tinggi merompak kedai emas.

LONDON: Enam perompak mengejutkan orang ramai apabila melakukan rompakan bermotosikal dengan pantas.Mereka mengenakan pakaian hitam dan topi keledar penuh sambil menunggang tiga motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pusat beli-belah sebaik saja ia dibuka, semalam.

Pembonceng ketiga-tiga motosikal itu melompat turun lalu memecahkan dinding kaca kedai barang kemas menggunakan kapak dan kayu pemukul. Saksi berkata, perompak itu menunggang motosikal ke bahagian atas menuju ke kedai barang kemas Fraser Hart di pusat beli-belah Brent Cross di utara London.

Mereka dipercayai mengambil jam tangan jenama Cartier dan Rolex serta barang kemas lain sebelum melarikan diri. Menurut saksi, orang ramai menjadi panik apabila melihat kejadian itu. Ada yang melarikan diri ke pintu keluar manakala beberapa kedai tidak membenarkan pelanggan mereka keluar ketika rompakan itu berlaku.

Michelle Webber, 36, yang berada di situ berkata, dia masuk dari pintu yang digunakan oleh kumpulan itu, berdekatan dengan kedai John Lewis dan New Look. Katanya, dia masuk kira-kira 10 minit sebelum rompakan itu berlaku dan mendengar seorang lelaki di belakangnya berkata, “Mari mulakan keseronokan.”

Tidak lama selepas itu, Michelle berkata, keadaan di dalam pusat beli-belah itu menjadi tegang. “Seorang lelaki berlari ke arah kami dan menjerit supaya semua orang keluar. Waktu itu saya terfikir mungkin ada bom dan saya mula teringatkan anak saya dan keluarga. Saya mula ketakutan dan orang ramai mula berlari keluar dalam keadaan panik,” katanya.

Michelle berkata, orang ramai mula berlari ke arahnya dan cuba menjauhkan diri daripada tempat rompakan itu. “Di sekitar kami, kedai mula ditutup dan barulah kami sedar sesuatu yang serius telah berlaku. Seorang lelaki memberitahu saya ada perompak bermotosikal di bahagian atas memecah kedai emas dengan kapak,” katanya.

Seorang jurugambar, Rick Treister yang dalam perjalanan ke kedai Apple di Brent Cross mendengar suara orang berteriak dan kaca pecah. Beberapa saat kemudian, tigag motosikal dipecut dengan laju ke arahnya melepasi kedai kasut Clarks.

Katanya, “Saya tidak sempat untuk merasa takut, kejadian itu seperti mimpi. Ia seperti filem James Bond dan anda tidak percaya kejadian seperti ini berlaku dalam pusat beli-belah Brent Cross,” katanya.

Rick terus mengeluarkan telefon bimbit dan berjaya merakam satu gambar. “Lelaki yang menunggang motosikal di hadapan menjerit sesuatu kepada saya ketika dia melintas di hadapan saya,” katanya.

Katanya, keadaan menjadi huru hara. Wanita yang bekerja di kedai John Lewis menjerit manakala lelaki yang bekerja di kedai emas itu menjerit mengeluarkan kata-kata kesat ke arah perompak. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08

Jururawat rakam imej hantu


>IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta  di Melaka baru-baru ini.

MELAKA 8/11/2012– Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu. Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ. “Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.

Jari manis kanak-kanak putus


Keadaan tangan Wan Annaz sejurus selepas kejadian dihempap replika cendawan.
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 November 2012

Lokasi kejadian malang yang menimpa Wan Annaz.
Serpihan jari yang tidak dapat dicantumkan.
Wan Azhar melihat keadaan tangan anaknya yang berbalut.

BACHOK - Seorang kanak-kanak kudung jari manis kirinya, selepas dihempap replika cendawan ketika bercuti di sebuah pantai minggu lalu. Jari Wan Annaz Wan Azhar, 5, terputus dan remuk selepas tertusuk serpihan simen replika cendawan itu. Bapanya, Wan Azhar Wan Ahamad, 31, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang pada 29 Oktober lalu, ketika dia sekeluarga sedang berkelah di bawah replika cendawan.

“Ketika itu kami sedang berkelah dan anak berdiri di belakang saya. Tiba-tiba replika cendawan yang berdekatan anak, runtuh menimpanya. Saya panik dan mengalihkan semua runtuhan yang menutupi seluruh badannya. Kemudian saya segera membawanya ke Klinik Kesihatan Bachok. Apabila pemeriksaan dilakukan, baru kami mengetahui jarinya putus dan saya bergegas ke tempat runtuhan untuk mencari serpihan jari tersebut, dengan harapan dapat dicantumkan semula,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, anaknya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut. Malangnya, jari itu tidak dapat dicantumkan kerana keadaannya yang teruk. Wan Annaz dirawat selama empat hari sebelum dibenarkan pulang.

“Kami tidak sangka tragedi ini berlaku ketika kami pulang bercuti sempena Aidiladha.
Pihak berkenaan seharusnya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Saya perhatikan besi replika itu terlalu kecil sebagai asas. Beberapa replika lain juga didapati sudah retak dan usang,” katanya.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu membuat pemantauan untuk memastikan segala kemudahan dan replika di kawasan rekreasi itu selamat untuk pengunjung. Akibat kejadian itu dia yang bekerja di Sungai Buloh terpaksa menyambung cuti bagi menyelesaikan rawatan anaknya. Dia juga merancang untuk bertemu pihak berkaitan, berbincang mengenai tragedi yang menimpa anaknya dalam masa terdekat.
 

Wednesday 7 November 2012

Bayi ditemui depan rumah


>JPAM memberi rawatan awal kepada bayi yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Jalan Teratai, Raja Uda, Butterworth, pagi kelmarin.
WARTAWAN SINAR HARIAN
7 November 2012

Butterworth - Seorang bayi lelaki yang sihat dan cukup sifat ditemui ditinggalkan di hadapan rumah pasangan suami isteri berketurunan Cina, di Jalan Teratai, Raja Uda di sini, awal pagi kelmarin. Bayi lelaki itu ditemui pembantu rumah pasangan keluarga berkenaan sewaktu dia keluar untuk menyapu sampah di halaman rumah pada jam 5.30 pagi. Terkejut dengan penemuan itu, dia kemudian memaklumkan majikannya yang kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Butterworth dan polis.

Dipercayai, bayi berkulit cerah itu baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui berdasarkan kesan tali pusatnya yang masih baru dan berdarah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.30 pagi sebelum menghantar anggota ke tempat kejadian.

Beliau berkata, ketika ditemui bayi itu dibalut dengan kain pelikat serta tidak menangis dan dalam keadaan sihat. “Bayi itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan usaha mencari individu yang membuang bayi itu giat dijalankan,” katanya.


Nenek perkasa


Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Rohaiza Abdul Rahman ; am@hmetro.com.my
         
CERGAS...Nik Haripah mengemudi sendiri bot yang dipenuhi tong gas.

KUAT...Nik Haripah mengangkat tong gas yang diambil daripada pembekal.

TUMPAT: Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun layak digelar ‘nenek perkasa’ apabila masih mampu mengangkat 10 tong gas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan berulang-alik mengemudi sendiri bot enjin sangkut miliknya dari kediamannya yang dijadikan kedai runcit di Pulau Teluk Ranjuna ke Pengkalan Kok Majid, di sini.

Dengan berbaju kurung dan berkain batik, malah bertubuh kecil, Nik Haripah Othman mengemudi bot untuk 10 minit perjalanan demi mencari rezeki halal bagi mendapatkan pendapatan tambahan selain wang dikirim tujuh anaknya. Nik Haripah yang mempunyai 10 cucu berkata, dia melakukan pekerjaan itu sejak enam tahun lalu tanpa kekok dan mengakui sihat tanpa sebarang penyakit sehingga kini.

“Tiada apa rahsia diamalkan sehingga saya mampu melakukan pekerjaan itu walaupun berusia 63 tahun. Mungkin sepanjang hidup saya sering makan nasi bersama ulam-ulaman. Walaupun ada yang bimbang melihat saya mengemudi bot dengan muatan tong gas, saya sentiasa membaca doa menaiki kenderaan dan dimurahkan rezeki sebelum mengemudi bot. Saya berserah kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, selain gas yang dijual mendapat permintaan daripada penduduk pulau berdekatan, dia membekalkan gas ke Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, di sini dengan keuntungan RM2.50 bagi setiap tong.

“Memang anak saya menyuruh berhenti melakukan kerja ini kerana bimbang keselamatan saya, tetapi saya minat berniaga dan masih ada tenaga bekerja. Lagi pun suami menghidap asma dan tidak boleh melakukan kerja berat. Sekurang-kurangnya, pendapatan ini boleh digunakan untuk membeli keperluan harian,” katanya yang menjaga ibunya, Nik Mariam Nik Hasan, 90, yang uzur.

Nik Haripah berkata, dia pernah berdepan detik cemas apabila tong gas diangkat jatuh ke dalam sungai. “Dengan doa dan pengalaman dimiliki membuatkan saya terus melakukan pekerjaan ini sehinggalah saya tidak mampu melakukannya. Apapun saya berharap ada pihak sudi membantu saya membesarkan perniagaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07  

Lanyak sampai koma


PARAH...mangsa koma dibelasah.
Oleh Alias Abd Ranim; lias@hmetro.com.my

KUCHING: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.

“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu. Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kedua-dua pegawai berpangkat inspektor itu direman tiga hari bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07

Tuesday 6 November 2012

Bangkai tikus dalam bijirin sarapan


>TIKUS yang ditemui Hunter dalam bijirin Rice Krispies.

LONDON: Seorang lelaki yang kelaparan terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila bijirin Rice Krispies yang ingin disuapnya untuk kali kedua mengandungi tikus mati.
Mark Hunter, 42, bapa kepada dua anak dari Maida Vale, London, terkejut apabila menyudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakan bersama susu. Dia kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, mengeringkannya sebelum menghubungi pengilang makanan itu, Kellog’s.

“Saya sangat bimbang kerana saya sudah pun makan sesudu bijirin itu dan ingin menyuap makanan itu lagi. Namun, saya terlihat benda hitam dalam susu, tetapi tidak menyedarinya hingga saya mencedoknya dengan susu,” katanya.

Kellog’s mengakui mereka bimbang dengan apa yang berlaku dan akan pergi ke kediaman Hunter untuk mengambil tikus itu dan menyelidik dari mana ia datang. Pakar daripada Universiti Liverpool percaya mereka dapat mencari puncanya. Ia bukan kali pertama tikus atau benda lain yang menjijikkan ditemui dalam makanan. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06

Monday 5 November 2012

Pemandu teksi mati dikelar


Polis forensik sedang mengumpulkan bukti untuk menjalankan siasatan. - Foto Ihsan Sin Chew Daily
NORAIZURA AHMAD
5 November 2012

KUALA LUMPUR -  Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam keadaan lehernya dikelar di tempat duduk pemandu kenderaannya di Jalan Tun H.S Lee, awal pagi kelmarin. Kejadian disedari orang awam kira-kira jam 12.44 pagi selepas mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan berasap.

Mayat lelaki berusia 26 tahun ditemui dengan keadaan mulutnya disumbat dengan kain dan kesan terbakar di tangan kiri mangsa dipercayai berpunca daripada baju mangsa dibakar penjenayah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar di leher, tikaman di  dada dan belakang mangsa.

“Pemeriksaan awal tidak menemui senjata digunakan penjenayah dan semua pengenalan diri, dompet dan telefon bimbit tiada bersama mangsa. Siasatan mendapati teksi didaftarkan di sebuah syarikat di Ampang,” katanya.

Zainuddin berkata, pihaknya akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berdekatan tempat kejadian untuk mengesan suspek. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Menurutnya, motif kejadian masih belum diketahui dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Bunuh guna bantal


Oleh Mohd Shukor Amin ; am@hmetro.com.my
         
USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Sadariah yang maut ditekup penyamun.

SUNGAI BESAR: Seorang remaja mengalami detik amat menyedihkan apabila melihat sendiri neneknya ditekup dengan bantal hingga mati oleh dua perompak yang menceroboh rumah mereka di Kedai Luar Bandar, Jalan Parit 6 Timur, di sini, awal pagi semalam.

Mohammad Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang turut ditumbuk dan diacukan parang oleh dua penjenayah terbabit berkata, sebelum itu neneknya, Sadariah Tubasar @ Ahmad, 65, diikat dengan tali rafia manakala mulutnya ditekup dengan tuala. “Walaupun diikat, nenek tetap melawan dan menjerit menyebabkan suspek panik lalu seorang daripada mereka mengambil bantal dan menekup muka nenek. Beberapa minit kemudian, nenek lemah dan tidak lagi bersuara,” katanya.

Mohammad Hafizul berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 pagi ketika dia dan neneknya nyenyak tidur di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang. Menurutnya, seorang daripada lelaki itu menghempap tubuhnya sebelum tangan dan kakinya diikat menggunakan tali rafia.

“Saya juga ditumbuk beberapa kali dan diacukan parang supaya tidak melawan. Mereka mengarahkan saya membantu mereka menggeledah bilik nenek. Selepas berjaya mendapatkan wang tunai dan barang kemas milik arwah nenek, mereka tergesa-gesa meninggalkan rumah melalui pintu belakang,” katanya sewaktu ditemui, semalam. Mohammad Hafizul berkata, kejadian menimpa arwah neneknya menyebabkan dia lebih tertekan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohammad berkata, polis menerima panggilan kira-kira 5.30 pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang di ruang tamu rumah. Noor Mushar berkata, siasatan awal mendapati tiada kecederaan lain di badan mangsa kecuali sedikit pendarahan di mulut dipercayai akibat diikat dengan kuat menggunakan tuala dan sewaktu berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek melarikan wang tunai RM500, barang kemas dan sebuah beg tangan mangsa didapati hilang. Nilai keseluruhan kira-kira RM2,000,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini, untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05

Wednesday 31 October 2012

Tangan hancur tersepit mesin

>SEORANG pekerja kilang papan tidak sedarkan diri selepas cedera parah apabila tangan kirinya hancur tersepit pada mesin pemotong papan di Sejingkat, Kuching semalam.
Kosmo 31.10.2012

KUCHING - Malang menimpa seorang pekerja kilang papan apabila tangan kirinya hancur selepas tersepit mesin pemotong kayu di Sejingkat di sini semalam.

Kejadian pukul 10 pagi itu berlaku apabila pergelangan tangan pemuda yang belum dikenal pasti identitinya itu tersangkut pada mesin berkenaan ketika sedang mengendalikan alat tersebut bersendirian.

Sumber memberitahu, kejadian itu hanya disedari pekerja lain selepas mendengar jeritan mangsa.

"Salah seorang pekerja kilang kemudian bertindak menutup suis mesin pemotong itu.
Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Umum Sarawak selepas tangannya dapat dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, mangsa tinggal di asrama kilang tersebut kini berada dalam keadaan stabil walaupun kecederaan yang dialaminya agak serius.

Ibu tak sedap hati



>PARAH...Mohd Samsul Anuar dibawa ke HKK sebelum dirujuk ke HRPZ II, semalam.

Oleh Rosliza Mohamed dan Rohaida Omar;am@hmetro.com.my
         
KOTA BHARU: “Saya berasa tidak sedap hati sejak malam sebelum kejadian itu,” kata Rahimah Deraman, 49, ibu kepada Lans Koperal Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, yang cedera ditembak penjenayah berhampiran Balai Polis Paloh, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan telefon mengenai kejadian menimpa anaknya, tubuhnya lemah dan tidak mampu melangkah.  Rahimah berkata, dia diberitahu kejadian itu selepas menerima panggilan daripada isteri mangsa, Maisarah Kassim, 27, jam 4 pagi.

Menurutnya, selepas tiba Hospital Kuala Krai (HKK) dia mendapati anaknya masih tidak sedarkan diri dan menggunakan mesin bantuan pernafasan. “Saya amat berharap supaya dia dapat sembuh seperti sedia kala selepas ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31

Treler masuk rumah


Oleh Junaidi Ladjana dan Erdie Ab Wahid;hmkk@hmetro.com
         
>REMUK...kepala treler muatan besi remuk teruk selepas merempuh rumah, semalam.

PAPAR: Dua beradik yang tidur di ruang tamu rumah datuk mereka nyaris maut apabila sebuah treler membawa muatan besi merempuh kediaman itu di Kampung Kawang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kedua-dua beradik berkenaan dikenali sebagai Gabriel Goldi, 4, dan adik perempuannya, Adigel Goldi, setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut datuk mereka, James Majanau, 59, ketika kejadian dia berada di pekan Donggongon membeli kelengkapan rumah manakala dua cucunya berada di rumah bersama seorang pembantu.

“Saya dihubungi menantu mengatakan rumah dirempuh treler. Sebaik mendengar berita itu, saya bergegas pulang ke rumah. Sebaik tiba saya melihat sebuah lori treler muatan besi terperosok dalam rumah. Sejurus masuk ke dalam rumah, saya lega melihat cucu saya selamat bersama pembantu rumah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31

Monday 29 October 2012

Ketumbuhan 28kg dibuang


IRMSTRAUD merasakan dirinya seperti orang baru selepas menjalani pembedahan.
 >DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan yang dibuang.dailymail.co.uk

DRESDEN (Jerman): Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun.

Wanita berkenaan, Irmtraud Eichler, sebelum ini dikatakan obese selepas berat badannya meningkat apabila ketumbuhan pada ovarinya itu membesar. Doktor memberinya ubat antiobesiti untuk memerangi berat badannya yang naik secara mendadak.

Tetapi apabila ketumbuhan itu membesar sehingga Irmtraud tidak boleh berdiri, anaknya mendesak dia menjalani satu lagi pemeriksaan. Imbasan ultrasound yang dilakukan ke atas wanita itu menunjukkan dia menghidap ketumbuhan yang semakin membesar.

Pakar bedah di Klinik Universiti di Dresden, timur Jerman, menghabiskan masa tujuh jam untuk membuang ketumbuhan yang berukuran 60 sentimeter kali 50 sentimeter, bersama-sama dengan rahim, ovari dan tiroid Irmtraud. Berat pesakit itu berkurangan 40 kilogram selepas pembedahan berkenaan dan berkata, dia amat gembira dengan keadaannya sekarang.

Seorang jurucakap hospital berkata, wanita itu sudah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan semula dengan bantuan tongkat. “Saya amat berterima kasih kepada doktor terbabit. Saya merasakan diri saya sebagai orang baru sekarang,” kata Irmtraud kepada agensi berita tempatan, DPA. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/29

Sunday 28 October 2012

Lelaki Nigeria guna sihir paksa kanak-kanak jual tubuh


Metro 28.10.2012
       
LONDON: Seorang lelaki yang menggunakan ritual sihir bagi memaksa kanak-kanak menjadi pelacur, didapati bersalah di mahkamah Canterbury atas dakwaan menyeludup manusia dan merogol.

Perbicaraan menunjukkan, ramai kanak-kanak dirogol, didera secara seksual dan dibayangi ritual seperti voodoo dilakukan sindiket terbabit. Mangsa juga dikelar dengan pisau, dipaksa meminum cecair busuk dan diambil darah bagi membolehkan mereka ‘disihir.’ Osezua Osolase, 42, menyamar sebagai pekerja pusat pungutan bahan kitar semula dan menetap di sebuah rumah teres di Gravesend, Kent.

Namun, tanpa disedari ramai, dia adalah sebahagian daripada anggota rangkaian penyeludup kanak-kanak yang menggunakan ancaman sihir bagi menakut-nakutkan mangsa supaya menjadi pelacur. Penyiasat berkata, mangsa sentiasa ditakut-takutkan akan mati atau mandul jika mereka cuba melarikan diri atau membuka rahsia kegiatan itu kepada sesiapa. Ketika ditahan, polis menemui bukti sekurang-kurangnya 28 mangsa diseludup masuk dan keluar oleh Osolase sepanjang tempoh 14 bulan.

Kegiatan itu membolehkan dia mendapat keuntungan sehingga £1.5 juta (RM7.3 juta). Bagaimanapun, polis yakin angka sebenar keuntungan diperolehnya jauh lebih tinggi berdasarkan bukti dikumpul setakat ini. Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Osolase hari ini. - DM

Photo by bbc.co.uk

Jadi ‘ibu bapa’ 18 cucu


Metro 28.10.2012
Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
       
KLANG: Dia layak digelar ‘nenek super’ kerana dalam usia menjangkau 74 tahun dan kudrat yang terbatas, wanita itu masih berupaya menjaga 18 cucu berusia satu hingga 17 tahun. Tujuh daripadanya cucu kandungnya yang dijaga sejak 2002 selepas dua anak lelakinya meninggal dunia, manakala selebihnya anak fakir miskin serta anak tidak sah taraf yang dijadikan cucu angkat.

Hasnah Mohd Rais atau lebih mesra disapa Opah Hasnah tidak pernah mengeluh kerana perlu memikul tanggungjawab berkenaan yang mungkin tidak mampu dipikul sebilangan orang, apatah lagi warga emas sepertinya.

Menurutnya, cucu dan cucu angkatnya tidak pernah menyusahkannya, malah memberi ketenangan dan menambah keceriaan dalam keluarga. Biarpun tidak ada pendapatan, Opah Hasnah tidak terlalu risau memikirkan soal wang bagi menampung perbelanjaan menyara semua cucunya.

“Opah tak risau pasal duit. Alhamdulillah, duit sentiasa ada. Itu semua kerja Allah. Gaji Opah pun Allah yang bayar. Macam-macam bantuan Opah terima. Ada mahasiswa datang untuk mengecat rumah Opah, ada pihak yang beri langsir, perabot, peralatan rumah dan barangan elektrik,” katanya yang tidak mengenakan bayaran bagi mengasuh anak golongan kurang berkemampuan.

Kerja mengasuh sebati dengan dirinya kerana sejak kecil dia bertanggungjawab menjaga adiknya. Anak sulung daripada 11 beradik ini terpaksa menguburkan niat menyambung pelajaran kerana mahu membantu ibu menjaga adiknya.

“Opah tak pernah kesal tidak sambung pelajaran. Walaupun kehidupan kami sekeluarga tak begitu susah kerana ayah mengusahakan kebun sendiri, kami tidak dibiasakan dengan hidup senang. Ayah mendidik kami berdikari dan jika mahukan wang, Opah perlu ke kebun kutip kelapa dan menjualnya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Taman Ros, Bukit Kuda, di sini.

Dia juga mengambil alih tanggungjawab sebagai ibu dan bapa menjaga empat anak selepas suaminya, Talaha Daud, meninggal dunia pada 1980-an dengan bekerja di ladang dan menjual kuih. Dalam mengasuh cucu, seperti ibu muda, Opah Hasnah perlu bangun malam membancuh susu untuk dua cucunya yang berusia kira-kira setahun, menyuapkan makanan dan memandikan mereka setiap hari.

“Setiap hari Opah tidur jam 10 atau 10.30 malam dan bangun jam 2.30 pagi. Jadi ketika bayi bangun malam minta susu, Opah memang berjaga. Biasanya mereka bangun dua kali untuk minum susu,” katanya.

Ada antara cucu angkatnya diserahkan ibu kandung mereka, selain diletakkan di depan pintu rumah ketika masih bayi.

“Opah sayang semua cucu Opah. Ada orang menawarkan RM10,000 untuk mengambil mereka sebagai anak angkat, tapi Opah tidak sanggup menyerahkannya. Biarlah susah senang mereka bersama Opah,” katanya.

Setiap bulan, sebanyak RM1,000 diperuntukkan bagi membayar tambang bas. Perbelanjaan makan pula tidak terlalu membebankan kerana cuma dua kampit beras seberat 10 kilogram digunakan. Antara perkara yang ditekankan dalam mendidik ialah mengingatkan cucunya supaya menunaikan solat, mengajar mengaji al-Quran dan membaca buku.

“Ada cucu angkat Opah yang daftar lewat kelahiran, menyebabkan dia tidak dapat bersekolah. Untuk memastikan dia tidak ketinggalan, setiap hari Opah mengajar membaca dan kini dia boleh membaca dengan baik,” katanya.

Anak perempuannya dikenali sebagai Wan berkata, ibunya memang sebati dengan tugas mengasuh dan sanggup bersusah-payah menjaga anak kecil.

“Dulu keadaan memang susah. Saya bekerja kilang dengan gaji RM500. Setiap bulan, sebanyak RM400 saya berikan kepada ibu untuk membesarkan cucunya dan RM100 untuk kegunaan sendiri. Ketika susah, mereka (cucu) pernah makan nasi berlauk kicap.
Apapun, saya percaya Allah yang memberikan rezeki. Lama kelamaan, kehidupan berubah dan ibu menerima banyak bantuan bagi menguruskan cucu dan cucu angkatnya,” katanya.

Menurutnya, dalam usia yang semakin lanjut, ibunya sanggup turun naik bas untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi memohon sijil kelahiran daftar lewat lapan cucu angkatnya.

“Menjelang Aidilfitri, ibu membawa semua cucunya menaiki bas untuk membeli baju raya. Cucu yang besar mendukung yang kecil. Mereka seperti adik-beradik dan tahu tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Kontraktor palsu tipu RM2 juta


Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KERJA pengubahsuaian ruang tamu rumah Chiew Ming di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang terbengkalai pada Mei lalu selepas suspek menghilangkan diri.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mendakwa dirinya sebagai kontraktor kini menjadi buruan polis serta lebih 10 pemilik rumah di sekitar ibu negara selepas disyaki menipu dalam projek pengubahsuaian bangunan membabitkan kerugian lebih RM2 juta sejak awal tahun lalu.

Suspek mudah memperdayakan mangsa kerana menjalankan urusan seperti kontraktor tulen dengan mengemukakan sebut harga serta resit bayaran menggunakan alamat sebuah syarikat pereka dalaman di Selayang dekat sini.

Bagaimanapun, apa yang menyebabkan para pelanggannya sesal tidak sudah ialah suspek menghilangkan diri sebaik sahaja mendapat bayaran dan dalam kes tertentu, hanya menyiapkan sebahagian projek sebelum lesap. Dia dipercayai bergiat aktif di sekitar Sentul, Sri Petaling, Kepong, Segambut dan Balakong.

Seorang mangsa, Chai Chiew Ming, 43, mendakwa kerugian lebih RM260,000 apabila lelaki itu menghilangkan diri selepas menyiapkan separuh sahaja daripada kerja pengubahsuaian rumah dua tingkat miliknya di Sri Petaling, di sini pada Mei lalu.

Perunding perniagaan itu pada sidang akhbar di sini semalam memberitahu, selepas gagal mengesan suspek dan mendapati pejabat lelaki itu di Selayang sebenarnya disewa syarikat lain, Chiew Ming membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini.

Seperti mangsa yang lain, Chiew Ming mendapatkan khidmat suspek menerusi orang tengah yang dikenali sebagai Khor. Peniaga barang lusuh, Wan Kok Heng, 31, pula mendakwa kerugian lebih RM100,000 apabila mengupah suspek untuk mengubahsuai rumah teres milik isterinya di Sentul Jaya 3 di sini pada April lalu.

Kok Heng hanya menyedari ditipu selepas suspek lesap dan projek pengubahsuaian rumah itu terbengkalai. Akibatnya, dia terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit lagi untuk mengupah kontraktor lain menyiapkan projek tersebut.

Telur ayam sebesar guli


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Oktober 2012

Zaiton menunjukkan berbandingan telur ayam kampung yang dimilikinya dengan telur ayam biasa.

KOTA TINGGI  - Seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili di sini, menggemparkan penduduk apabila memiliki ayam kampung yang mengeluarkan telur bersaiz sebesar guli.

Zaiton Mat Amin, 62, berkata, dia yang berasal dari Terengganu gemar membela haiwan ternakan sejak muda lagi, malah aktiviti tersebut telah dijadikan hobinya untuk mengisi masa lapang. Menurutnya, kira-kira tiga tahun lalu, perkara aneh telah berlaku apabila ayam yang dibelanya mengeluarkan telur lebih kecil berbanding saiz telur ayam biasa.

“Kebanyakan telur tersebut bersaiz telur puyuh dan yang paling kecil adalah sebesar guli. Ada orang cakap,  ayam jantan sahaja yang akan mengeluarkan telur kecil, namun berbeza pula dengan ayam saya kerana yang bertelur itu ayam betina, ibu ayam. Malah, kesemua orang yang datang melihat telur ini berasa pelik kerana saiznya yang begitu berbeza. Tetapi, bagi saya dan keluarga ia sudah menjadi kebiasaan kerana boleh dikatakan setiap bulan pasti ayam saya akan mengeluarkan telur dalam saiz tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia juga memiliki lebih daripada seekor ayam yang boleh mengeluarkan telur bersaiz kecil itu dan kesemuanya disimpan di dalam reban bersebelahan kediamannya. Menurutnya, tidak seperti telur ayam biasa, telur tersebut mempunyai perbezaannya di mana ia lebih hanyir manakala isinya bewarna putih dan tidak mempunyai kuning telur.
Zaiton berkata, bagi dirinya, telur tersebut dimakan begitu sahaja kerana yakin ia boleh menyembuhkan penyakit.

“Untuk sebiji telur ini saya menjualnya dengan harga RM3. Malah, kebanyakan mereka yang mencari telur ini adalah untuk tujuan berubat. Tambahan pula, ia tidak membusuk, sebaliknya jika disimpan dalam tempoh yang lebih lama, isinya akan mengering dan ia menjadi ringan. Tidak seperti telur lain apabila disimpan lama ia akan rosak,” katanya.

Bayi didera dikata digigit hantu


28.10.2012
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

KESAN kecederaan di belakang kepala seorang bayi yang disyaki didera pengasuhnya di Sungai Nibong, George Town.

GEORGE TOWN - Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini. Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.

Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya. Ibu bayi tersebut yang mahu dikenali sebagai Lin mendakwa, anaknya diasuh oleh seorang wanita berusia 20-an sejak berusia dua bulan. Pengasuh itu merupakan jiran lama mereka.

Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.

"Pada masa itu, saya cuba bertanya kepada dia (pengasuh) tetapi dia mendakwa kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya. Saya dan suami tidak mengesyaki apa-apa yang buruk sehinggalah baru-baru ini (22 Oktober) anak saya mengalami demam panas dan doktor memberitahu terdapat kesan pendarahan lama di kepalanya," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.

Mahu suami lengkap kuota


Metro 28.10.2012
Oleh HADZLAN HASSAN, MOHD NASIF BADRUDDIN, SHAHRUL REDZUAN ZULKIFLI, NURUL HUSNA MAHMUD dan ZAID SALIM
metahad@hmetro.com.my
       
SOLAT... (dari kiri) Roslina, Sulizah dan Wan Akmal (duduk tengah) dan bersama adik angkatnya, Zunaidah (kiri) bersalaman selepas berjemaah.

BESAR... rumah keluarga Ariffin Mohamad di Lorong Surau Haji Yaacob Kampung, Tebuk Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami.

Mendedahkan rahsia itu, ketiga-tiga madu terbabit memberitahu, mereka sudah meluahkan rasa hati kepada suami, Ariffin Mohamad, 66, dengan mencalonkan adik angkat mereka, Zunaidah Chua Abdullah, 37, yang kini tinggal bersama untuk mendalami agama, sebagai isteri keempat.

“Bagaimanapun, abang Ariff tidak menunjukkan minat, mungkin kerana dia masih terkenangkan arwah kakak (isteri pertama) tapi memberitahu, biar jodoh dan takdir menentukan cadangan kami. Dia beritahu, kalau sudah jodoh, dia akan berkahwin dengan siapa saja, asalkan kami semua dapat menerimanya. Namun, setakat ini abang Arif belum menunjukkan minat, mungkin kerana masih terkenangkan arwah kakak,” kata isteri ketiga, Sulizah Salleh, 54, sambil disokong isteri kedua, Roslina Soh Abdullah, 56, dan isteri keempat, Wan Akmal Wan Abdul Rahman, 54, ketika ditemui Metro Ahad di rumah mereka di Kampung Tebauk, di sini.

Meskipun madu pertama Fatimah Abdullah, 61, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, ikatan kasih sayang yang kukuh ketika hayatnya menyebabkan ketiga-tiga isteri ahli perniagaan itu tidak pernah berasa kehilangan wanita berkenaan.

“Walaupun kami kini tinggal bertiga, pada kami, kakak (panggilan kepada arwah madu pertama) masih bersama dan kami tidak pernah merasai kehilangannya,” kata Sulizah.

Menurutnya, hubungan akrab antara dia dan dua madunya dengan arwah ketika hayatnya menyebabkan sehingga kini mereka masih merasai arwah ada bersama walaupun hampir setahun meninggal dunia.

“Ketika hayatnya, arwah kakak yang baik dan penyayang dan banyak membantu kami menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu. Tunjuk ajar yang arwah kakak beri menyebabkan kami tidak pernah berasa hidup bermadu. Hubungan kami seperti adik-beradik dan kami menghormatinya sebagai kakak sulung,” katanya.

Sebagai isteri keempat, Wan Akmal menghormati tiga madunya (kini dua) sebagai kakak sendiri dan tidak pernah beranggapan mereka berempat berkongsi suami.
Malah, dia mengakui sikap suami yang tegas, bertanggungjawab dan jujur dalam segala permasalahan menyebabkan semua isteri tidak pernah berasa hati sesama mereka.

“Hubungan kasih sayang dan keakraban ini bukan hanya pada kami, tapi turut berlaku kepada 17 anak dan menantu kami yang tidak pernah membezakan antara kami apabila menganggap kami sebagai ibu kandung mereka. Abang Arif tidak pernah membawa masalah kerjanya ke rumah tapi kalau kami melihat dia resah atau termenung, tiada siapa yang akan ‘menerkamnya’, sebaliknya hanya menunggu dia menegur dan membelai kami berempat... biasanya dia tidak akan lama termenung sendirian,” katanya.

Walaupun menyedari kemewahan dan kesenangan itu penting dalam kehidupan, semua isterinya beranggapan senjata utama kebahagiaan keluarga mereka ialah hubungan kasih sayang.

“Kami memiliki kasih sayang yang sama, termasuk dengan anak. Itulah rahsia yang membolehkan kami hidup bahagia selain peranan insan istimewa iaitu suami yang bertanggungjawab, tegas dan jujur, selain sifatnya yang periang serta sering membuatkan kami terhibur. Secara jujur, kami berasa sepi dan terasa kehilangannya jika suami tiada di rumah walaupun untuk satu hari kerana urusan kerja,” katanya.

Roslina mengakui sejak menjadi isteri Ariffin 39 tahun lalu, kehidupannya penuh bermakna dan tidak menduga hidup bermadu tidak menimbulkan masalah buatnya dan tidak pernah menyesal bertukar agama.

“Arwah kakak banyak mengajar dan mendidik saya mengenai Islam, termasuk cara berpakaian dan pergaulan. Kini hidup saya tenang bersama dua ‘adik’ di bawah satu bumbung,” katanya.

Bukan saja bahagia memiliki keluarga besar yang hidup dalam suasana penuh harmoni, tiga madu berkenaan turut berasa bangga apabila memiliki anak bijak yang berjaya dalam pelajaran. Kecemerlangan dalam pendidikan terbukti apabila sembilan daripada 17 anak Ariffin berjaya ke menara gading. Empat daripada mereka kini bekerja, manakala lima lagi mengikuti pengajian di tiga pusat pengajian tinggi dalam negara.

“Syukur, Allah menganugerahkan mereka otak yang cergas. Kami tidak pernah mengatur sistem pembelajaran anak seperti menghantar mereka ke kelas tambahan atau menggaji guru khas di rumah. Disiplin tinggi selain patuh dengan peraturan ditentukan bapa mereka menyebabkan anak tahu apa sepatutnya dilakukan, termasuk belajar dan mengulang kaji pelajaran. Selain itu, kami membekalkan anak dengan air penerang hati dan surah Yasin yang menjadi amalan kami sekeluarga setiap hari. Alhamdulillah, sehingga kini Allah memakbulkan doa kami,” kata Roslina.

Ketika ditanya sejak bila suami mereka mula menjadi pelupa dan kerap tersalah memanggil nama isterinya, mereka menjelaskan, perkara itu berlaku kira-kira setahun lalu, iaitu sejak pemergian arwah madu pertama. Bagaimanapun, Ariffin masih sihat dan tegap serta tidak kelihatan seperti lelaki berusia 66 tahun, mungkin dipengaruhi faktor pemakanan.

Selain tidak menyentuh minuman sejuk, dia tidak akan makan makanan berminyak atau berlemak. Bukannya cerewet, Ariffin akan makan apa saja yang dimasak, asalkan ia tidak menggunakan minyak atau santan yang banyak. Dia juga jarang menjamu selera di luar, kecuali jika diajak atau sekadar menjaga hati kawan.

Saturday 27 October 2012

Mangsa rompak beraya di hospital



>AZIZAN yang cedera di kepala dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam.
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM;syahir.kassim@kosmo.com.my


SUNGAI PETANI – Malang bagi sebuah keluarga di Kampung Simpang Empat Sedaka, Yan dekat sini semalam yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di hospital apabila dua anggota keluarga itu cedera parah ditetak dua penyamun sehari sebelum itu. Dua mangsa yang malang itu ialah Azizan Hanafi, 63, dan menantunya, Mohd. Fakhzan Nasir, 34. Mereka yang cedera masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Cerita Azizan, sebelum kejadian pada pukul 5.30 pagi, dia berada di dalam bilik kerana mahu mengambil ubat selepas habis bersahur bersama isteri, Mah Sulaiman, 62, anak, Shaukiah Hanim, 33, dan menantu, Mohd. Fakhzan.

“Tiba-tiba saya terdengar isteri menjerit dari dapur memberitahu ada penyamun. Saya bergegas masuk ke dapur sebelum bergelut dengan seorang lelaki bertopeng yang kemudian menetak belakang badan dan kepala saya menggunakan parang,” kata Azizan ketika ditemui di HSAH. Katanya, Mohd. Fakhzan yang berada di luar rumah cuba membantu namun dia juga ditetak penjenayah. Dalam pergelutan itu, Azizan yang mengusahakan bendang di kawasan rumahnya ditetak tiga kali di atas kepala dan dua kali di belakang badan. Azizan terpaksa menerima kira-kira 50 jahitan.

Mohd. Fakhzan pula ditetak di tapak tangan kanan dan atas kepala. Azizan memberitahu, insiden tersebut merupakan kejadian pertama rumah mereka cuba dirompak sejak keluarganya tinggal di rumah itu kira-kira 40 tahun lalu. Sementara itu, Mohd. Fakhzan berkata, ketika kejadian dia membuka pintu dapur dan keluar dari rumah untuk masuk ke bilik air yang terletak di luar. Sebelum sempat memasuki bilik air, Mohd. Fakhzan mendakwa dia ternampak kelibat seseorang di luar rumah yang disangka bapa mertuanya.

Friday 26 October 2012

Tonton aksi mati dibelasah


>SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Mala.
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Lebih 30 individu termasuk pelajar sekolah serta orang dewasa hanya menjadi penonton dan langsung tidak berusaha meleraikan pergaduhan membabitkan tiga pelajar yang berakhir dengan seorang daripadanya meninggal dunia, semalam.
Insiden menyedihkan itu berlaku di Perhentian Bas Pulau Sebang, di sini, jam 2.30 petang semalam dan mangsa K Saravannan, 14, ditumbuk bertubi-tubi selama hampir 30 minit oleh dua pelajar sebaya yang menyerangnya sehingga pengsan.

Selepas pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Pulau Sebang itu terbaring tidak sedarkan diri, lebih 30 individu yang menjadi penonton itu kelam-kabut melarikan diri dan meninggalkan mangsa terbaring sendirian di tempat kejadian.

Mangsa dikejarkan rakannya ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan dengan kereta namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sebelum pergaduhan, berlaku cabar-mencabar antara mangsa dengan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mansur Shah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25

Pelajar buang bayi ke dalam sungai



ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam.

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

KANGAR – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.

Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.

“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.

“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Wednesday 24 October 2012

Amy Search tutup restoran setelah empat tahun operasi



>INILAH Restoran Cheng Ho milik Amy Search di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang ditutup mulai semalam.

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah.

"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. Bagaimanapun pada bulan Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.

Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya. Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini. Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.

Tuesday 23 October 2012

2 pakar cipta jean mesra alam


>HELEN bersama koleksi jean mesra alamnya.

LOS ANGELES: Kebanyakan seluar jean berwarna biru. Tetapi pada masa depan, ia mungkin hijau. Seorang ahli kimia dan seorang pereka fesyen menghasilkan seluar denim mesra alam yang dapat menghapuskan bahan buangan bahaya dalam udara.

Seluar berkenaan disalut dengan partikel titanium dioksida yang boleh bertindak terhadap cahaya dan udara bagi meneutralkan nitrogen oksida, bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang.

Produk sampingan yang tidak berbahaya dan nitrat larut air itu boleh terhapus apabila seluar itu dicuci. Sama seperti pengubah bermangkin yang membantu mengurangkan pencemaran ketika kenderaan dipandu, seluar berkenaan boleh membantu menghijaukan planet. Kira-kira 1.3 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun dikaitkan dengan kualiti udara yang buruk.

Semua jenis kain boleh digunakan sebagai Pakaian Bermangkin tetapi jean dianggap sebagai medium terbaik bagi proses itu kerana ia menjadi pakaian ramai penduduk dunia.
Mereka yang bertanggungjawab menghasilkan produk itu ialah ahli kimia Universiti Sheffield, Tony Ryan dan Profesor Helen Storey dari Kolej Fesyen London.

Hasil rekaan Helen pernah dipakai oleh bintang ternama, termasuk Madonna dan Cher.
Dia berminat menceburi bidang sains sejak 2004 menerusi adiknya, pakar biologi dan mula memberi tumpuan terhadap sains hijau apabila berkenalan dengan Tony.

Proses Pakaian Bermangkin sudahpun dikemukakan kepada syarikat sabun, Ecover untuk menghasilkan bahan tambahan pencuci yang diberi nama CatClo. Bahan itu terkandung dalam serbuk pencuci perapi fabrik.

Ujian keselamatan dilakukan terhadap produk berkenaan tetapi tidak ada bukti menunjukkan ia menjejaskan kulit manusia atau bekalan air. Ia mungkin mula dijual dalam masa dua tahun lagi. Helen berkata, jean menjadi bahan ideal pakaian untuk ciptaan mereka kerana terdapat lebih banyak jean di planet berbanding manusia. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/23

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji


>SENAD HADZIC

SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan. Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq. Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP

Derita anak



>SAKIT KULIT...Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti.

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my  

PASIR MAS: “Irma nak pergi sekolah...nak jumpa kawan-kawan,” kata seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menderita penyakit kulit di seluruh badan hingga menyebabkan dia tercicir persekolahan sejak empat tahun lalu.

Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.

Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.

Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa.
Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/23

Monday 22 October 2012

Biar anak lapar


>KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang.
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.

Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.

Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22

Tragedi selepas bertengkar


>Kawasan ladang yang menjadi tempat pentengkaran dua sahabat baik itu. Gambar kecil: Mangsa parah di bahagian muka.
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Oktober 2012

JEMPOL - Pertengkaran mulut antara dua sahabat baik di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya maut akibat ditusuk besi pengangkat buah sawit di ladang Felda Bukit Rokan Utara, Rompin sekitar jam 12 tengah hari, semalam.

Ketua polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian, suspek berumur 40 tahun yang juga pekerja ladang bersama mangsa, Mohfiz Ali, 39, dan dua lagi pekerja lain mengangkat tandan kelapa sawit untuk dimasukkan ke dalam lori.

Menurutnya, namun ketika mangsa sedang leka mengangkat tandan kelapa sawit, tiba-tiba ianya terjatuh lalu mengenai suspek yang berada di sebelahnya.

“Kemudian, berlaku pertengkaran mulut antara mereka apabila suspek berang dengan insiden itu. Dua lagi rakan sekerjanya bertindak melarikan diri apabila menyedari perkara itu sebelum memaklumkannya kepada majikan mereka,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Hamzah berkata, kemudian suspek bertindak memukul mangsa sebelum mengambil besi pengangkat sawit dan menusuk muka rakannya itu.

“Selepas itu, suspek pulang ke rumah dan menceritakan hal berkenaan kepada rakan majikannya. Kemudian rakan majikannya itu membawa suspek ke Pondok Polis Felda Bukit Rokan Utara untuk serah diri," katanya.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan. Sinar Harian difahamkan, dua rakan baik terbabit sudah berada di negara ini hampir enam tahun. Namun baru tiga tahun bekerja dekat ladang berkenaan. Mangsa juga dipercayai akan pulang ke kampungnya, Jessore, Bangladesh hujung Disember ini atau Januari depan untuk berjumpa keluarganya.

Mati ditembak lelaki bertopeng



>ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Myvi yang dinaiki Yen Chong sebelum lelaki itu mati ditembak di Taman Desa semalam.

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang memakai topeng ski dan bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila menembak mati seorang ejen insurans dari jarak dekat di hadapan isteri dan pembantu rumah mangsa dalam kejadian yang disyaki bermotifkan dendam semalam.

Kejadian pukul 9.10 pagi di Jalan Desa Permai, Taman Desa dekat Jalan Klang Lama di sini itu berlaku ketika Fong Yen Chong, 72, bersama isteri, 60-an, dan pembantu rumahnya baru menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi untuk ke pasar berhampiran.

Sebaik meninggalkan rumah teres dua tingkat miliknya sejauh 5 meter, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Waja tiba-tiba menghalang kenderaan mangsa dari arah bertentangan.

Suspek kemudian memandu ke arah pintu pemandu kereta Yen Chong sebelum penjenayah terbabit menurunkan tingkap keretanya lalu melepaskan lima das tembakan yang meragut nyawa ejen insurans tersebut. Mangsa baru menyambut ulang tahun kelahirannya Khamis lalu. Isteri dan pembantu rumah mangsa tidak cedera.

Harimau akar sesat dalam rumah


>TIGA anggota JPAM Kota Bharu menunjukkan harimau akar yang berjaya ditangkap di Kampung Panji, Kota Bharu semalam.
Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Enam sekeluarga gempar selepas rumah mereka di Kampung Panji dekat sini, dimasuki seekor harimau akar atau nama saintifiknya neofelis nebulosa yang sesat malam tadi.

Mangsa, Nik Roziana Mohamed, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika dia dan empat anaknya sedang bersedia untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di skrin gergasi berhampiran rumahnya.

Katanya, kejadian tersebut disedari oleh anaknya, Megat Azim Haikal Megat Roslan, 9, yang ternampak binatang tersebut berada di bawah kereta yang diletakkan di halaman rumah dan kemudiannya masuk ke dalam rumah.

"Ketika kejadian, saya tiada di rumah kerana berada di tempat tayangan skrin gergasi. Tiba-tiba salah seorang anak saya datang memberitahu ada seekor harimau akar telah masuk ke dalam rumah. Pada mulanya saya ingatkan ia satu gurauan, sehinggalah ibu saya, Tuan Zainab Tuan Mahmood, 54, memaklumkan ada harimau masuk ke dalam rumah," katanya di sini

Harga rokok naik 20 sen berkuat kuasa hari ini


>Orang ramai tetap membeli rokok di sebuah kedai di Kuala Lumpur semalam meskipun harganya semakin mahal.

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012. Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia. - Bernama

Gadis bermisai, berjambang


BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan. Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.

Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik. Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.

“Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.

Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap ‘aplastic anemia’ pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya. Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat. Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah.

“Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat,” menurut laporan Liao Shen Evening News.

“Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,” kata ibunya.

Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu. Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.

“Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku,” lapor Zinhua. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22  

Friday 19 October 2012

Gusti air suam


>RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan suspek membelasah mangsa.
Oleh Mohd Fauzi Abdullah;fauzie@hmetro.com.my

KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.

Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.

Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian. Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19



Polis tembak mati bos selepas ditegur mabuk ketika bertugas


BANGKOK: Superintendan polis daerah Si Samrong di wilayah Sukhothai ditembak mati oleh orang bawahannya semalam, kata polis. Ketua Polis Sukhothai, Mejar Jeneral Rangsan Kochakrai, berkata, ketua unit pencegahan jenayah balai polis itu, Jakrarom Thoopjaem menembak ketuanya, Thanatpong Prasertsiripapha kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya. Prasertsiripapha cedera parah dan dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan mati. Thoopjaem kemudian melarikan diri dari balai polis itu dengan keretanya.

Dia yang merempuh sebatang pokok di tambon Muang Bangyom, daerah Sawankhalok cedera dan dibawa ke Hospital Sri Sangworn untuk rawatan. Polis menemui wang tunai kira-kira 200,000 baht (RM19,815), sepucuk pistol dan jaket kalis peluru dalam keretanya.
Laporan awal kepada pejabat Polis Diraja Thai berkata, Prasertsiripapha menegur Thoopjaem pada malam Rabu lalu kerana mabuk ketika bertugas. Ketua Polis Thailand, Jeneral Adul Saengsingkaew berkata, Thoopjaem akan berdepan tindakan disiplin dan jenayah atas perbuatannya itu. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19
Photo by bangkokpost.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...