Pages

♥ikLaN

Followers

Wednesday 31 October 2012

Tangan hancur tersepit mesin

>SEORANG pekerja kilang papan tidak sedarkan diri selepas cedera parah apabila tangan kirinya hancur tersepit pada mesin pemotong papan di Sejingkat, Kuching semalam.
Kosmo 31.10.2012

KUCHING - Malang menimpa seorang pekerja kilang papan apabila tangan kirinya hancur selepas tersepit mesin pemotong kayu di Sejingkat di sini semalam.

Kejadian pukul 10 pagi itu berlaku apabila pergelangan tangan pemuda yang belum dikenal pasti identitinya itu tersangkut pada mesin berkenaan ketika sedang mengendalikan alat tersebut bersendirian.

Sumber memberitahu, kejadian itu hanya disedari pekerja lain selepas mendengar jeritan mangsa.

"Salah seorang pekerja kilang kemudian bertindak menutup suis mesin pemotong itu.
Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Umum Sarawak selepas tangannya dapat dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, mangsa tinggal di asrama kilang tersebut kini berada dalam keadaan stabil walaupun kecederaan yang dialaminya agak serius.

Ibu tak sedap hati



>PARAH...Mohd Samsul Anuar dibawa ke HKK sebelum dirujuk ke HRPZ II, semalam.

Oleh Rosliza Mohamed dan Rohaida Omar;am@hmetro.com.my
         
KOTA BHARU: “Saya berasa tidak sedap hati sejak malam sebelum kejadian itu,” kata Rahimah Deraman, 49, ibu kepada Lans Koperal Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, yang cedera ditembak penjenayah berhampiran Balai Polis Paloh, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan telefon mengenai kejadian menimpa anaknya, tubuhnya lemah dan tidak mampu melangkah.  Rahimah berkata, dia diberitahu kejadian itu selepas menerima panggilan daripada isteri mangsa, Maisarah Kassim, 27, jam 4 pagi.

Menurutnya, selepas tiba Hospital Kuala Krai (HKK) dia mendapati anaknya masih tidak sedarkan diri dan menggunakan mesin bantuan pernafasan. “Saya amat berharap supaya dia dapat sembuh seperti sedia kala selepas ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31

Treler masuk rumah


Oleh Junaidi Ladjana dan Erdie Ab Wahid;hmkk@hmetro.com
         
>REMUK...kepala treler muatan besi remuk teruk selepas merempuh rumah, semalam.

PAPAR: Dua beradik yang tidur di ruang tamu rumah datuk mereka nyaris maut apabila sebuah treler membawa muatan besi merempuh kediaman itu di Kampung Kawang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kedua-dua beradik berkenaan dikenali sebagai Gabriel Goldi, 4, dan adik perempuannya, Adigel Goldi, setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut datuk mereka, James Majanau, 59, ketika kejadian dia berada di pekan Donggongon membeli kelengkapan rumah manakala dua cucunya berada di rumah bersama seorang pembantu.

“Saya dihubungi menantu mengatakan rumah dirempuh treler. Sebaik mendengar berita itu, saya bergegas pulang ke rumah. Sebaik tiba saya melihat sebuah lori treler muatan besi terperosok dalam rumah. Sejurus masuk ke dalam rumah, saya lega melihat cucu saya selamat bersama pembantu rumah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31

Monday 29 October 2012

Ketumbuhan 28kg dibuang


IRMSTRAUD merasakan dirinya seperti orang baru selepas menjalani pembedahan.
 >DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan yang dibuang.dailymail.co.uk

DRESDEN (Jerman): Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun.

Wanita berkenaan, Irmtraud Eichler, sebelum ini dikatakan obese selepas berat badannya meningkat apabila ketumbuhan pada ovarinya itu membesar. Doktor memberinya ubat antiobesiti untuk memerangi berat badannya yang naik secara mendadak.

Tetapi apabila ketumbuhan itu membesar sehingga Irmtraud tidak boleh berdiri, anaknya mendesak dia menjalani satu lagi pemeriksaan. Imbasan ultrasound yang dilakukan ke atas wanita itu menunjukkan dia menghidap ketumbuhan yang semakin membesar.

Pakar bedah di Klinik Universiti di Dresden, timur Jerman, menghabiskan masa tujuh jam untuk membuang ketumbuhan yang berukuran 60 sentimeter kali 50 sentimeter, bersama-sama dengan rahim, ovari dan tiroid Irmtraud. Berat pesakit itu berkurangan 40 kilogram selepas pembedahan berkenaan dan berkata, dia amat gembira dengan keadaannya sekarang.

Seorang jurucakap hospital berkata, wanita itu sudah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan semula dengan bantuan tongkat. “Saya amat berterima kasih kepada doktor terbabit. Saya merasakan diri saya sebagai orang baru sekarang,” kata Irmtraud kepada agensi berita tempatan, DPA. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/29

Sunday 28 October 2012

Lelaki Nigeria guna sihir paksa kanak-kanak jual tubuh


Metro 28.10.2012
       
LONDON: Seorang lelaki yang menggunakan ritual sihir bagi memaksa kanak-kanak menjadi pelacur, didapati bersalah di mahkamah Canterbury atas dakwaan menyeludup manusia dan merogol.

Perbicaraan menunjukkan, ramai kanak-kanak dirogol, didera secara seksual dan dibayangi ritual seperti voodoo dilakukan sindiket terbabit. Mangsa juga dikelar dengan pisau, dipaksa meminum cecair busuk dan diambil darah bagi membolehkan mereka ‘disihir.’ Osezua Osolase, 42, menyamar sebagai pekerja pusat pungutan bahan kitar semula dan menetap di sebuah rumah teres di Gravesend, Kent.

Namun, tanpa disedari ramai, dia adalah sebahagian daripada anggota rangkaian penyeludup kanak-kanak yang menggunakan ancaman sihir bagi menakut-nakutkan mangsa supaya menjadi pelacur. Penyiasat berkata, mangsa sentiasa ditakut-takutkan akan mati atau mandul jika mereka cuba melarikan diri atau membuka rahsia kegiatan itu kepada sesiapa. Ketika ditahan, polis menemui bukti sekurang-kurangnya 28 mangsa diseludup masuk dan keluar oleh Osolase sepanjang tempoh 14 bulan.

Kegiatan itu membolehkan dia mendapat keuntungan sehingga £1.5 juta (RM7.3 juta). Bagaimanapun, polis yakin angka sebenar keuntungan diperolehnya jauh lebih tinggi berdasarkan bukti dikumpul setakat ini. Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Osolase hari ini. - DM

Photo by bbc.co.uk

Jadi ‘ibu bapa’ 18 cucu


Metro 28.10.2012
Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
       
KLANG: Dia layak digelar ‘nenek super’ kerana dalam usia menjangkau 74 tahun dan kudrat yang terbatas, wanita itu masih berupaya menjaga 18 cucu berusia satu hingga 17 tahun. Tujuh daripadanya cucu kandungnya yang dijaga sejak 2002 selepas dua anak lelakinya meninggal dunia, manakala selebihnya anak fakir miskin serta anak tidak sah taraf yang dijadikan cucu angkat.

Hasnah Mohd Rais atau lebih mesra disapa Opah Hasnah tidak pernah mengeluh kerana perlu memikul tanggungjawab berkenaan yang mungkin tidak mampu dipikul sebilangan orang, apatah lagi warga emas sepertinya.

Menurutnya, cucu dan cucu angkatnya tidak pernah menyusahkannya, malah memberi ketenangan dan menambah keceriaan dalam keluarga. Biarpun tidak ada pendapatan, Opah Hasnah tidak terlalu risau memikirkan soal wang bagi menampung perbelanjaan menyara semua cucunya.

“Opah tak risau pasal duit. Alhamdulillah, duit sentiasa ada. Itu semua kerja Allah. Gaji Opah pun Allah yang bayar. Macam-macam bantuan Opah terima. Ada mahasiswa datang untuk mengecat rumah Opah, ada pihak yang beri langsir, perabot, peralatan rumah dan barangan elektrik,” katanya yang tidak mengenakan bayaran bagi mengasuh anak golongan kurang berkemampuan.

Kerja mengasuh sebati dengan dirinya kerana sejak kecil dia bertanggungjawab menjaga adiknya. Anak sulung daripada 11 beradik ini terpaksa menguburkan niat menyambung pelajaran kerana mahu membantu ibu menjaga adiknya.

“Opah tak pernah kesal tidak sambung pelajaran. Walaupun kehidupan kami sekeluarga tak begitu susah kerana ayah mengusahakan kebun sendiri, kami tidak dibiasakan dengan hidup senang. Ayah mendidik kami berdikari dan jika mahukan wang, Opah perlu ke kebun kutip kelapa dan menjualnya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Taman Ros, Bukit Kuda, di sini.

Dia juga mengambil alih tanggungjawab sebagai ibu dan bapa menjaga empat anak selepas suaminya, Talaha Daud, meninggal dunia pada 1980-an dengan bekerja di ladang dan menjual kuih. Dalam mengasuh cucu, seperti ibu muda, Opah Hasnah perlu bangun malam membancuh susu untuk dua cucunya yang berusia kira-kira setahun, menyuapkan makanan dan memandikan mereka setiap hari.

“Setiap hari Opah tidur jam 10 atau 10.30 malam dan bangun jam 2.30 pagi. Jadi ketika bayi bangun malam minta susu, Opah memang berjaga. Biasanya mereka bangun dua kali untuk minum susu,” katanya.

Ada antara cucu angkatnya diserahkan ibu kandung mereka, selain diletakkan di depan pintu rumah ketika masih bayi.

“Opah sayang semua cucu Opah. Ada orang menawarkan RM10,000 untuk mengambil mereka sebagai anak angkat, tapi Opah tidak sanggup menyerahkannya. Biarlah susah senang mereka bersama Opah,” katanya.

Setiap bulan, sebanyak RM1,000 diperuntukkan bagi membayar tambang bas. Perbelanjaan makan pula tidak terlalu membebankan kerana cuma dua kampit beras seberat 10 kilogram digunakan. Antara perkara yang ditekankan dalam mendidik ialah mengingatkan cucunya supaya menunaikan solat, mengajar mengaji al-Quran dan membaca buku.

“Ada cucu angkat Opah yang daftar lewat kelahiran, menyebabkan dia tidak dapat bersekolah. Untuk memastikan dia tidak ketinggalan, setiap hari Opah mengajar membaca dan kini dia boleh membaca dengan baik,” katanya.

Anak perempuannya dikenali sebagai Wan berkata, ibunya memang sebati dengan tugas mengasuh dan sanggup bersusah-payah menjaga anak kecil.

“Dulu keadaan memang susah. Saya bekerja kilang dengan gaji RM500. Setiap bulan, sebanyak RM400 saya berikan kepada ibu untuk membesarkan cucunya dan RM100 untuk kegunaan sendiri. Ketika susah, mereka (cucu) pernah makan nasi berlauk kicap.
Apapun, saya percaya Allah yang memberikan rezeki. Lama kelamaan, kehidupan berubah dan ibu menerima banyak bantuan bagi menguruskan cucu dan cucu angkatnya,” katanya.

Menurutnya, dalam usia yang semakin lanjut, ibunya sanggup turun naik bas untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi memohon sijil kelahiran daftar lewat lapan cucu angkatnya.

“Menjelang Aidilfitri, ibu membawa semua cucunya menaiki bas untuk membeli baju raya. Cucu yang besar mendukung yang kecil. Mereka seperti adik-beradik dan tahu tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Kontraktor palsu tipu RM2 juta


Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KERJA pengubahsuaian ruang tamu rumah Chiew Ming di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang terbengkalai pada Mei lalu selepas suspek menghilangkan diri.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mendakwa dirinya sebagai kontraktor kini menjadi buruan polis serta lebih 10 pemilik rumah di sekitar ibu negara selepas disyaki menipu dalam projek pengubahsuaian bangunan membabitkan kerugian lebih RM2 juta sejak awal tahun lalu.

Suspek mudah memperdayakan mangsa kerana menjalankan urusan seperti kontraktor tulen dengan mengemukakan sebut harga serta resit bayaran menggunakan alamat sebuah syarikat pereka dalaman di Selayang dekat sini.

Bagaimanapun, apa yang menyebabkan para pelanggannya sesal tidak sudah ialah suspek menghilangkan diri sebaik sahaja mendapat bayaran dan dalam kes tertentu, hanya menyiapkan sebahagian projek sebelum lesap. Dia dipercayai bergiat aktif di sekitar Sentul, Sri Petaling, Kepong, Segambut dan Balakong.

Seorang mangsa, Chai Chiew Ming, 43, mendakwa kerugian lebih RM260,000 apabila lelaki itu menghilangkan diri selepas menyiapkan separuh sahaja daripada kerja pengubahsuaian rumah dua tingkat miliknya di Sri Petaling, di sini pada Mei lalu.

Perunding perniagaan itu pada sidang akhbar di sini semalam memberitahu, selepas gagal mengesan suspek dan mendapati pejabat lelaki itu di Selayang sebenarnya disewa syarikat lain, Chiew Ming membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini.

Seperti mangsa yang lain, Chiew Ming mendapatkan khidmat suspek menerusi orang tengah yang dikenali sebagai Khor. Peniaga barang lusuh, Wan Kok Heng, 31, pula mendakwa kerugian lebih RM100,000 apabila mengupah suspek untuk mengubahsuai rumah teres milik isterinya di Sentul Jaya 3 di sini pada April lalu.

Kok Heng hanya menyedari ditipu selepas suspek lesap dan projek pengubahsuaian rumah itu terbengkalai. Akibatnya, dia terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit lagi untuk mengupah kontraktor lain menyiapkan projek tersebut.

Telur ayam sebesar guli


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Oktober 2012

Zaiton menunjukkan berbandingan telur ayam kampung yang dimilikinya dengan telur ayam biasa.

KOTA TINGGI  - Seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili di sini, menggemparkan penduduk apabila memiliki ayam kampung yang mengeluarkan telur bersaiz sebesar guli.

Zaiton Mat Amin, 62, berkata, dia yang berasal dari Terengganu gemar membela haiwan ternakan sejak muda lagi, malah aktiviti tersebut telah dijadikan hobinya untuk mengisi masa lapang. Menurutnya, kira-kira tiga tahun lalu, perkara aneh telah berlaku apabila ayam yang dibelanya mengeluarkan telur lebih kecil berbanding saiz telur ayam biasa.

“Kebanyakan telur tersebut bersaiz telur puyuh dan yang paling kecil adalah sebesar guli. Ada orang cakap,  ayam jantan sahaja yang akan mengeluarkan telur kecil, namun berbeza pula dengan ayam saya kerana yang bertelur itu ayam betina, ibu ayam. Malah, kesemua orang yang datang melihat telur ini berasa pelik kerana saiznya yang begitu berbeza. Tetapi, bagi saya dan keluarga ia sudah menjadi kebiasaan kerana boleh dikatakan setiap bulan pasti ayam saya akan mengeluarkan telur dalam saiz tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia juga memiliki lebih daripada seekor ayam yang boleh mengeluarkan telur bersaiz kecil itu dan kesemuanya disimpan di dalam reban bersebelahan kediamannya. Menurutnya, tidak seperti telur ayam biasa, telur tersebut mempunyai perbezaannya di mana ia lebih hanyir manakala isinya bewarna putih dan tidak mempunyai kuning telur.
Zaiton berkata, bagi dirinya, telur tersebut dimakan begitu sahaja kerana yakin ia boleh menyembuhkan penyakit.

“Untuk sebiji telur ini saya menjualnya dengan harga RM3. Malah, kebanyakan mereka yang mencari telur ini adalah untuk tujuan berubat. Tambahan pula, ia tidak membusuk, sebaliknya jika disimpan dalam tempoh yang lebih lama, isinya akan mengering dan ia menjadi ringan. Tidak seperti telur lain apabila disimpan lama ia akan rosak,” katanya.

Bayi didera dikata digigit hantu


28.10.2012
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

KESAN kecederaan di belakang kepala seorang bayi yang disyaki didera pengasuhnya di Sungai Nibong, George Town.

GEORGE TOWN - Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini. Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.

Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya. Ibu bayi tersebut yang mahu dikenali sebagai Lin mendakwa, anaknya diasuh oleh seorang wanita berusia 20-an sejak berusia dua bulan. Pengasuh itu merupakan jiran lama mereka.

Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.

"Pada masa itu, saya cuba bertanya kepada dia (pengasuh) tetapi dia mendakwa kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya. Saya dan suami tidak mengesyaki apa-apa yang buruk sehinggalah baru-baru ini (22 Oktober) anak saya mengalami demam panas dan doktor memberitahu terdapat kesan pendarahan lama di kepalanya," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.

Mahu suami lengkap kuota


Metro 28.10.2012
Oleh HADZLAN HASSAN, MOHD NASIF BADRUDDIN, SHAHRUL REDZUAN ZULKIFLI, NURUL HUSNA MAHMUD dan ZAID SALIM
metahad@hmetro.com.my
       
SOLAT... (dari kiri) Roslina, Sulizah dan Wan Akmal (duduk tengah) dan bersama adik angkatnya, Zunaidah (kiri) bersalaman selepas berjemaah.

BESAR... rumah keluarga Ariffin Mohamad di Lorong Surau Haji Yaacob Kampung, Tebuk Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami.

Mendedahkan rahsia itu, ketiga-tiga madu terbabit memberitahu, mereka sudah meluahkan rasa hati kepada suami, Ariffin Mohamad, 66, dengan mencalonkan adik angkat mereka, Zunaidah Chua Abdullah, 37, yang kini tinggal bersama untuk mendalami agama, sebagai isteri keempat.

“Bagaimanapun, abang Ariff tidak menunjukkan minat, mungkin kerana dia masih terkenangkan arwah kakak (isteri pertama) tapi memberitahu, biar jodoh dan takdir menentukan cadangan kami. Dia beritahu, kalau sudah jodoh, dia akan berkahwin dengan siapa saja, asalkan kami semua dapat menerimanya. Namun, setakat ini abang Arif belum menunjukkan minat, mungkin kerana masih terkenangkan arwah kakak,” kata isteri ketiga, Sulizah Salleh, 54, sambil disokong isteri kedua, Roslina Soh Abdullah, 56, dan isteri keempat, Wan Akmal Wan Abdul Rahman, 54, ketika ditemui Metro Ahad di rumah mereka di Kampung Tebauk, di sini.

Meskipun madu pertama Fatimah Abdullah, 61, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, ikatan kasih sayang yang kukuh ketika hayatnya menyebabkan ketiga-tiga isteri ahli perniagaan itu tidak pernah berasa kehilangan wanita berkenaan.

“Walaupun kami kini tinggal bertiga, pada kami, kakak (panggilan kepada arwah madu pertama) masih bersama dan kami tidak pernah merasai kehilangannya,” kata Sulizah.

Menurutnya, hubungan akrab antara dia dan dua madunya dengan arwah ketika hayatnya menyebabkan sehingga kini mereka masih merasai arwah ada bersama walaupun hampir setahun meninggal dunia.

“Ketika hayatnya, arwah kakak yang baik dan penyayang dan banyak membantu kami menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu. Tunjuk ajar yang arwah kakak beri menyebabkan kami tidak pernah berasa hidup bermadu. Hubungan kami seperti adik-beradik dan kami menghormatinya sebagai kakak sulung,” katanya.

Sebagai isteri keempat, Wan Akmal menghormati tiga madunya (kini dua) sebagai kakak sendiri dan tidak pernah beranggapan mereka berempat berkongsi suami.
Malah, dia mengakui sikap suami yang tegas, bertanggungjawab dan jujur dalam segala permasalahan menyebabkan semua isteri tidak pernah berasa hati sesama mereka.

“Hubungan kasih sayang dan keakraban ini bukan hanya pada kami, tapi turut berlaku kepada 17 anak dan menantu kami yang tidak pernah membezakan antara kami apabila menganggap kami sebagai ibu kandung mereka. Abang Arif tidak pernah membawa masalah kerjanya ke rumah tapi kalau kami melihat dia resah atau termenung, tiada siapa yang akan ‘menerkamnya’, sebaliknya hanya menunggu dia menegur dan membelai kami berempat... biasanya dia tidak akan lama termenung sendirian,” katanya.

Walaupun menyedari kemewahan dan kesenangan itu penting dalam kehidupan, semua isterinya beranggapan senjata utama kebahagiaan keluarga mereka ialah hubungan kasih sayang.

“Kami memiliki kasih sayang yang sama, termasuk dengan anak. Itulah rahsia yang membolehkan kami hidup bahagia selain peranan insan istimewa iaitu suami yang bertanggungjawab, tegas dan jujur, selain sifatnya yang periang serta sering membuatkan kami terhibur. Secara jujur, kami berasa sepi dan terasa kehilangannya jika suami tiada di rumah walaupun untuk satu hari kerana urusan kerja,” katanya.

Roslina mengakui sejak menjadi isteri Ariffin 39 tahun lalu, kehidupannya penuh bermakna dan tidak menduga hidup bermadu tidak menimbulkan masalah buatnya dan tidak pernah menyesal bertukar agama.

“Arwah kakak banyak mengajar dan mendidik saya mengenai Islam, termasuk cara berpakaian dan pergaulan. Kini hidup saya tenang bersama dua ‘adik’ di bawah satu bumbung,” katanya.

Bukan saja bahagia memiliki keluarga besar yang hidup dalam suasana penuh harmoni, tiga madu berkenaan turut berasa bangga apabila memiliki anak bijak yang berjaya dalam pelajaran. Kecemerlangan dalam pendidikan terbukti apabila sembilan daripada 17 anak Ariffin berjaya ke menara gading. Empat daripada mereka kini bekerja, manakala lima lagi mengikuti pengajian di tiga pusat pengajian tinggi dalam negara.

“Syukur, Allah menganugerahkan mereka otak yang cergas. Kami tidak pernah mengatur sistem pembelajaran anak seperti menghantar mereka ke kelas tambahan atau menggaji guru khas di rumah. Disiplin tinggi selain patuh dengan peraturan ditentukan bapa mereka menyebabkan anak tahu apa sepatutnya dilakukan, termasuk belajar dan mengulang kaji pelajaran. Selain itu, kami membekalkan anak dengan air penerang hati dan surah Yasin yang menjadi amalan kami sekeluarga setiap hari. Alhamdulillah, sehingga kini Allah memakbulkan doa kami,” kata Roslina.

Ketika ditanya sejak bila suami mereka mula menjadi pelupa dan kerap tersalah memanggil nama isterinya, mereka menjelaskan, perkara itu berlaku kira-kira setahun lalu, iaitu sejak pemergian arwah madu pertama. Bagaimanapun, Ariffin masih sihat dan tegap serta tidak kelihatan seperti lelaki berusia 66 tahun, mungkin dipengaruhi faktor pemakanan.

Selain tidak menyentuh minuman sejuk, dia tidak akan makan makanan berminyak atau berlemak. Bukannya cerewet, Ariffin akan makan apa saja yang dimasak, asalkan ia tidak menggunakan minyak atau santan yang banyak. Dia juga jarang menjamu selera di luar, kecuali jika diajak atau sekadar menjaga hati kawan.

Saturday 27 October 2012

Mangsa rompak beraya di hospital



>AZIZAN yang cedera di kepala dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam.
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM;syahir.kassim@kosmo.com.my


SUNGAI PETANI – Malang bagi sebuah keluarga di Kampung Simpang Empat Sedaka, Yan dekat sini semalam yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di hospital apabila dua anggota keluarga itu cedera parah ditetak dua penyamun sehari sebelum itu. Dua mangsa yang malang itu ialah Azizan Hanafi, 63, dan menantunya, Mohd. Fakhzan Nasir, 34. Mereka yang cedera masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Cerita Azizan, sebelum kejadian pada pukul 5.30 pagi, dia berada di dalam bilik kerana mahu mengambil ubat selepas habis bersahur bersama isteri, Mah Sulaiman, 62, anak, Shaukiah Hanim, 33, dan menantu, Mohd. Fakhzan.

“Tiba-tiba saya terdengar isteri menjerit dari dapur memberitahu ada penyamun. Saya bergegas masuk ke dapur sebelum bergelut dengan seorang lelaki bertopeng yang kemudian menetak belakang badan dan kepala saya menggunakan parang,” kata Azizan ketika ditemui di HSAH. Katanya, Mohd. Fakhzan yang berada di luar rumah cuba membantu namun dia juga ditetak penjenayah. Dalam pergelutan itu, Azizan yang mengusahakan bendang di kawasan rumahnya ditetak tiga kali di atas kepala dan dua kali di belakang badan. Azizan terpaksa menerima kira-kira 50 jahitan.

Mohd. Fakhzan pula ditetak di tapak tangan kanan dan atas kepala. Azizan memberitahu, insiden tersebut merupakan kejadian pertama rumah mereka cuba dirompak sejak keluarganya tinggal di rumah itu kira-kira 40 tahun lalu. Sementara itu, Mohd. Fakhzan berkata, ketika kejadian dia membuka pintu dapur dan keluar dari rumah untuk masuk ke bilik air yang terletak di luar. Sebelum sempat memasuki bilik air, Mohd. Fakhzan mendakwa dia ternampak kelibat seseorang di luar rumah yang disangka bapa mertuanya.

Friday 26 October 2012

Tonton aksi mati dibelasah


>SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Mala.
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Lebih 30 individu termasuk pelajar sekolah serta orang dewasa hanya menjadi penonton dan langsung tidak berusaha meleraikan pergaduhan membabitkan tiga pelajar yang berakhir dengan seorang daripadanya meninggal dunia, semalam.
Insiden menyedihkan itu berlaku di Perhentian Bas Pulau Sebang, di sini, jam 2.30 petang semalam dan mangsa K Saravannan, 14, ditumbuk bertubi-tubi selama hampir 30 minit oleh dua pelajar sebaya yang menyerangnya sehingga pengsan.

Selepas pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Pulau Sebang itu terbaring tidak sedarkan diri, lebih 30 individu yang menjadi penonton itu kelam-kabut melarikan diri dan meninggalkan mangsa terbaring sendirian di tempat kejadian.

Mangsa dikejarkan rakannya ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan dengan kereta namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sebelum pergaduhan, berlaku cabar-mencabar antara mangsa dengan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mansur Shah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25

Pelajar buang bayi ke dalam sungai



ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam.

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

KANGAR – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.

Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.

“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.

“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Wednesday 24 October 2012

Amy Search tutup restoran setelah empat tahun operasi



>INILAH Restoran Cheng Ho milik Amy Search di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang ditutup mulai semalam.

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah.

"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. Bagaimanapun pada bulan Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.

Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya. Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini. Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.

Tuesday 23 October 2012

2 pakar cipta jean mesra alam


>HELEN bersama koleksi jean mesra alamnya.

LOS ANGELES: Kebanyakan seluar jean berwarna biru. Tetapi pada masa depan, ia mungkin hijau. Seorang ahli kimia dan seorang pereka fesyen menghasilkan seluar denim mesra alam yang dapat menghapuskan bahan buangan bahaya dalam udara.

Seluar berkenaan disalut dengan partikel titanium dioksida yang boleh bertindak terhadap cahaya dan udara bagi meneutralkan nitrogen oksida, bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang.

Produk sampingan yang tidak berbahaya dan nitrat larut air itu boleh terhapus apabila seluar itu dicuci. Sama seperti pengubah bermangkin yang membantu mengurangkan pencemaran ketika kenderaan dipandu, seluar berkenaan boleh membantu menghijaukan planet. Kira-kira 1.3 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun dikaitkan dengan kualiti udara yang buruk.

Semua jenis kain boleh digunakan sebagai Pakaian Bermangkin tetapi jean dianggap sebagai medium terbaik bagi proses itu kerana ia menjadi pakaian ramai penduduk dunia.
Mereka yang bertanggungjawab menghasilkan produk itu ialah ahli kimia Universiti Sheffield, Tony Ryan dan Profesor Helen Storey dari Kolej Fesyen London.

Hasil rekaan Helen pernah dipakai oleh bintang ternama, termasuk Madonna dan Cher.
Dia berminat menceburi bidang sains sejak 2004 menerusi adiknya, pakar biologi dan mula memberi tumpuan terhadap sains hijau apabila berkenalan dengan Tony.

Proses Pakaian Bermangkin sudahpun dikemukakan kepada syarikat sabun, Ecover untuk menghasilkan bahan tambahan pencuci yang diberi nama CatClo. Bahan itu terkandung dalam serbuk pencuci perapi fabrik.

Ujian keselamatan dilakukan terhadap produk berkenaan tetapi tidak ada bukti menunjukkan ia menjejaskan kulit manusia atau bekalan air. Ia mungkin mula dijual dalam masa dua tahun lagi. Helen berkata, jean menjadi bahan ideal pakaian untuk ciptaan mereka kerana terdapat lebih banyak jean di planet berbanding manusia. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/23

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji


>SENAD HADZIC

SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan. Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq. Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP

Derita anak



>SAKIT KULIT...Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti.

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my  

PASIR MAS: “Irma nak pergi sekolah...nak jumpa kawan-kawan,” kata seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menderita penyakit kulit di seluruh badan hingga menyebabkan dia tercicir persekolahan sejak empat tahun lalu.

Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.

Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.

Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa.
Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/23

Monday 22 October 2012

Biar anak lapar


>KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang.
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.

Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.

Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22

Tragedi selepas bertengkar


>Kawasan ladang yang menjadi tempat pentengkaran dua sahabat baik itu. Gambar kecil: Mangsa parah di bahagian muka.
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Oktober 2012

JEMPOL - Pertengkaran mulut antara dua sahabat baik di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya maut akibat ditusuk besi pengangkat buah sawit di ladang Felda Bukit Rokan Utara, Rompin sekitar jam 12 tengah hari, semalam.

Ketua polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian, suspek berumur 40 tahun yang juga pekerja ladang bersama mangsa, Mohfiz Ali, 39, dan dua lagi pekerja lain mengangkat tandan kelapa sawit untuk dimasukkan ke dalam lori.

Menurutnya, namun ketika mangsa sedang leka mengangkat tandan kelapa sawit, tiba-tiba ianya terjatuh lalu mengenai suspek yang berada di sebelahnya.

“Kemudian, berlaku pertengkaran mulut antara mereka apabila suspek berang dengan insiden itu. Dua lagi rakan sekerjanya bertindak melarikan diri apabila menyedari perkara itu sebelum memaklumkannya kepada majikan mereka,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Hamzah berkata, kemudian suspek bertindak memukul mangsa sebelum mengambil besi pengangkat sawit dan menusuk muka rakannya itu.

“Selepas itu, suspek pulang ke rumah dan menceritakan hal berkenaan kepada rakan majikannya. Kemudian rakan majikannya itu membawa suspek ke Pondok Polis Felda Bukit Rokan Utara untuk serah diri," katanya.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan. Sinar Harian difahamkan, dua rakan baik terbabit sudah berada di negara ini hampir enam tahun. Namun baru tiga tahun bekerja dekat ladang berkenaan. Mangsa juga dipercayai akan pulang ke kampungnya, Jessore, Bangladesh hujung Disember ini atau Januari depan untuk berjumpa keluarganya.

Mati ditembak lelaki bertopeng



>ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Myvi yang dinaiki Yen Chong sebelum lelaki itu mati ditembak di Taman Desa semalam.

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang memakai topeng ski dan bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila menembak mati seorang ejen insurans dari jarak dekat di hadapan isteri dan pembantu rumah mangsa dalam kejadian yang disyaki bermotifkan dendam semalam.

Kejadian pukul 9.10 pagi di Jalan Desa Permai, Taman Desa dekat Jalan Klang Lama di sini itu berlaku ketika Fong Yen Chong, 72, bersama isteri, 60-an, dan pembantu rumahnya baru menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi untuk ke pasar berhampiran.

Sebaik meninggalkan rumah teres dua tingkat miliknya sejauh 5 meter, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Waja tiba-tiba menghalang kenderaan mangsa dari arah bertentangan.

Suspek kemudian memandu ke arah pintu pemandu kereta Yen Chong sebelum penjenayah terbabit menurunkan tingkap keretanya lalu melepaskan lima das tembakan yang meragut nyawa ejen insurans tersebut. Mangsa baru menyambut ulang tahun kelahirannya Khamis lalu. Isteri dan pembantu rumah mangsa tidak cedera.

Harimau akar sesat dalam rumah


>TIGA anggota JPAM Kota Bharu menunjukkan harimau akar yang berjaya ditangkap di Kampung Panji, Kota Bharu semalam.
Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Enam sekeluarga gempar selepas rumah mereka di Kampung Panji dekat sini, dimasuki seekor harimau akar atau nama saintifiknya neofelis nebulosa yang sesat malam tadi.

Mangsa, Nik Roziana Mohamed, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika dia dan empat anaknya sedang bersedia untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di skrin gergasi berhampiran rumahnya.

Katanya, kejadian tersebut disedari oleh anaknya, Megat Azim Haikal Megat Roslan, 9, yang ternampak binatang tersebut berada di bawah kereta yang diletakkan di halaman rumah dan kemudiannya masuk ke dalam rumah.

"Ketika kejadian, saya tiada di rumah kerana berada di tempat tayangan skrin gergasi. Tiba-tiba salah seorang anak saya datang memberitahu ada seekor harimau akar telah masuk ke dalam rumah. Pada mulanya saya ingatkan ia satu gurauan, sehinggalah ibu saya, Tuan Zainab Tuan Mahmood, 54, memaklumkan ada harimau masuk ke dalam rumah," katanya di sini

Harga rokok naik 20 sen berkuat kuasa hari ini


>Orang ramai tetap membeli rokok di sebuah kedai di Kuala Lumpur semalam meskipun harganya semakin mahal.

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012. Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia. - Bernama

Gadis bermisai, berjambang


BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan. Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.

Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik. Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.

“Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.

Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap ‘aplastic anemia’ pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya. Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat. Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah.

“Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat,” menurut laporan Liao Shen Evening News.

“Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,” kata ibunya.

Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu. Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.

“Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku,” lapor Zinhua. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22  

Friday 19 October 2012

Gusti air suam


>RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan suspek membelasah mangsa.
Oleh Mohd Fauzi Abdullah;fauzie@hmetro.com.my

KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.

Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.

Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian. Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19



Polis tembak mati bos selepas ditegur mabuk ketika bertugas


BANGKOK: Superintendan polis daerah Si Samrong di wilayah Sukhothai ditembak mati oleh orang bawahannya semalam, kata polis. Ketua Polis Sukhothai, Mejar Jeneral Rangsan Kochakrai, berkata, ketua unit pencegahan jenayah balai polis itu, Jakrarom Thoopjaem menembak ketuanya, Thanatpong Prasertsiripapha kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya. Prasertsiripapha cedera parah dan dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan mati. Thoopjaem kemudian melarikan diri dari balai polis itu dengan keretanya.

Dia yang merempuh sebatang pokok di tambon Muang Bangyom, daerah Sawankhalok cedera dan dibawa ke Hospital Sri Sangworn untuk rawatan. Polis menemui wang tunai kira-kira 200,000 baht (RM19,815), sepucuk pistol dan jaket kalis peluru dalam keretanya.
Laporan awal kepada pejabat Polis Diraja Thai berkata, Prasertsiripapha menegur Thoopjaem pada malam Rabu lalu kerana mabuk ketika bertugas. Ketua Polis Thailand, Jeneral Adul Saengsingkaew berkata, Thoopjaem akan berdepan tindakan disiplin dan jenayah atas perbuatannya itu. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19
Photo by bangkokpost.com

Alat mainan seks tersangkut dalam usus lelaki


SHANGHAI: Seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mengeluarkan alat permainan seks yang tersangkut di dalam ususnya selama lima hari. Media kerajaan berkata, kes begitu semakin meningkat menunjukkan penerimaan orang ramai yang semakin bersifat terbuka terhadap seks.

Doktor di Hospital Zhongshan di sini, mengeluarkan dildo sepanjang 23 sentimeter daripada usus lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan endoskop. Doktor Yao Liqing berkata, “Sekiranya kami tidak mengeluarkan dildo itu pada masanya, keadaan pesakit boleh kritikal.”

Objek itu menyekat usus besar lelaki itu menyebabkan kerosakan tisu. Sekiranya prosedur itu gagal, doktor mungkin terpaksa melakukan pembedahan, kata Doktor Yao seperti yang dipetik oleh akhbar Shanghai Daily.

Kedai menjual alat seks dan kontraseptif biasa terdapat di bandar di China, di mana kebebasan seksual dan budaya konsumerisme semakin berleluasa di dalam negara yang diperintah komunis ini.  Akhbar itu berkata, pengamal perubatan memberi amaran kepada orang ramai untuk menurut cara yang betul ketika menggunakan alat permainan seks. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19
Photo by mybroadband.co.za

Ramai wanita guna Internet jual beli susu badan untuk bayi


LONDON: Ramai wanita di Britain dan Amerika Syarikat (AS) menjual susu mereka di Internet walaupun ia dibimbangi membahayakan bayi. Media melaporkan, golongan ibu menggunakan forum komuniti, termasuk Facebook, untuk mendapatkan wang segera dengan menjual susu masing-masing. Membeli susu kini menjadi cara baru ibu yang berdepan masalah mendapatkan susu sendiri bagi diberikan kepada bayi.

Laman sesawang seperti onlythebreast.com adalah satu daripada sumber bagi golongan ibu memperoleh bekalan susu yang diperlukan. Menurut laman sesawang itu, susu yang dijual atau dibeli mereka dipastikan berada dalam keadaan bersih dan selamat. Semakan mendapati, ada wanita yang menawarkan susu di laman sesawang itu menetap di Essex hingga Newcastle dengan harga kira-kira �1 (RM5) setiap auns (28 gram) berbanding AS$2 (RM6) untuk jumlah sama di AS. - TS

(Photo by orangmuo.com)

Upah pekerja tampar jika layari Facebook


SAN FRANCISCO: Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja. Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini, Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya bekerja di pejabat.

Kata Maneesh, dia malu selepas mendapati dia menghabiskan masa kira-kira 19 jam seminggu melayari Facebook. “Saya membuat keputusan untuk bertindak selepas menyedari masa sebanyak itu diluangkan melayari laman sosial berkenaan,” katanya. Maneesh berkata, di depan komputer tanpa pengawasan menyebabkan seseorang hanya produktif tiga hari seminggu. - TS

Ney takut ditelan tandas



>KETAKUTAN Ney kepada tandas bermula sejak dia melihat satu daripada adegan filem Look Who’s Talking Too (gambar kecil) pada 1990.

LONDON: Seorang wanita yang mengalami rasa takut melampau kepada tandas, mengakui dia akan melarikan diri setiap kali mengepam tandas yang digunakan. Alasannya dia bimbang tandas berkenaan akan menyedutnya. Justeru, setiap kali Ney Decino, 20, perlu ke tandas membuang air, dia terpaksa merayu kepada ahli keluarganya untuk menjadi peneman.

Mereka juga terpaksa mengepam tandas berkenaan selepas digunakan Ney. Fobia melampau itu turut membataskan pergerakan Ney dan terpaksa bekerja dekat dengan rumahnya supaya dia boleh menggunakan tandas yang dirasakannya selamat. Ibu kepada seorang anak itu berkata, bunyi air yang menderu ketika pam ditarik sangat menggerunkan. “Sebaik tandas dipam, bunyi dan cara deruan air itu menyebabkan saya berlari jauh dari tandas,” katanya.

Menurut Ney, dia hanya boleh berada di sekitar tandas ketika ia dipam jika ada seseorang menemaninya. Kata Ney, ketakutannya bermula sebaik saja memasuki tandas. “Semakin lama berada di tandas, ia semakin mencemaskan tetapi perasaan itu akan hilang apabila saya keluar dari situ,” katanya. Ketakutan Ney bermula sejak dia berusia empat tahun.

Katanya, ketika itu dia menonton babak tandas boleh berkata-kata dalam filem 1990, Look Who’s Talking Too. Dalam filem itu, watak The Toilet Man yang digambarkan mempunyai mata besar, bertaring dan bersuara seram menjerit.

Babak itu, kata Ney, menghantuinya sehingga kini. “Ketika berusia 11 tahun, saya pernah terkencing dalam perjalanan pulang dari sekolah kerana saya terlalu takut menggunakan tandas,” katanya. Menurut Ney, dia menjadi lebih takut jika melihat deretan tandas. “Kerana itu saya hanya masuk ke tandas awam jika benar-benar perlu,” katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19

Thursday 18 October 2012

Kebas sekali bayi 55 hari


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Huda Kosnon
am@hmetro.com.my
       

USAHA JEJAK...Ron menampal poster mengenai kehilangan bayi terbabit.

SEDIH...Cho dan Nay menunjukkan gambar bayi mereka, Mikalithu yang dilarikan penjenayah.

SUNGAI BULOH: Seorang ibu hanya menangis sepanjang hari sejak bayi lelakinya berusia 55 hari dilarikan lima lelaki yang sebelum itu turut menyamunnya berdekatan rumah sewanya di Taman Saujana Akasia, dekat sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa, Cho Cho Tun, 33, berasal dari Myanmar, dalam perjalanan pulang ke rumah bersama bayinya, Mikalithu selepas membeli barang di pasar malam yang hanya tiga minit perjalanan dari rumah sewanya. Suami mangsa, Nay Soe Aung, 29, berkata, ketika isterinya berjalan pulang bersendirian, dia dihampiri lima lelaki yang menaiki beberapa motosikal.

“Dua daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher dan perut isteri saya sebelum memintanya menyerahkan bayi dan barangan berharga. Apabila isteri saya enggan, kumpulan lelaki itu marah. Mereka merampas beg tangan berisi RM800 dan mengambil bayi yang didukung isteri sebelum memecut ke Matang Pagar, Sungai Buloh,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18

Bank sperma tawar air mani selebriti untuk RM74,000


LONDON: Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media semalam. Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. Menurut Fame Daddy, dengan bayaran serendah �15,000 (RM73,580), “perkhidmatan permanian beradas premium” itu boleh diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Menurut laman sesawang Fame Daddy, dengan menggunakan sperma “tokoh yang terbukti berjaya,” seseorang wanita boleh memberikan “permulaan yang baik” untuk anak mereka. “Ia juga menjadi cara ideal untuk seseorang wanita merasai bagaimana mengandungkan anak selebriti terkemuka,” kata laman sesawang itu.

Menurut keterangan di laman sesawang Fame Daddy, mana-mana wanita yang ingin mendapatkan benih daripada bank sperma itu perlu melengkapkan kuiz bagi memudahkan mereka memilih selebriti penderma sesuai. Antara aspek yang ditekankan sebelum wanita membuat pilihan ialah kesesuaian personaliti, watak dan gaya hidup. Bagaimanapun, wanita yang berminat mungkin tidak boleh terlalu gembira. Ketua Pegawai Eksekutif Fame Daddy, Dan Richards, berkata mereka belum mempunyai sampel sprema sebenar.
“Apa yang ada cuma profil tokoh yang berminat menjadi penderma,” katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18
Photo by deathandtaxesmag.com

Penerima wajah kini boleh berus gigi, bercukur


ANNAPOLIS: Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan, wajah baru Richard Lee Norris dipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi, lidah dan dagunya, semalam.
Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling meluas pernah dijalankan setakat ini.
Dia mengalami kecederaan parah akibat kemalangan membabitkan senjata api pada 1997.
Selama 15 tahun, Norris terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di Hillsville, Virginia, ketika malam.

Selepas menjalani pembedahan 36 jam di Pusat Perubatan Universiti Maryland tujuh bulan lalu, Norris kini mampu merasai wajah sendiri, selain dapat memberus gigi serta bercukur. Deria menghidunya juga pulih walaupun ia terjejas selepas dia menembak mukanya pada 1997. Insiden itu menyebabkan Norris hilang hidung, bibir dan hampir semua kemampuan menggerakkan mulutnya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18
Photo by abcnews.go.com

Ramjeet bapa luar biasa


> RAMJEET ditemani Shakuntala dan dua anak mereka.

KHARKHODA (India): Seorang petani menjadi bapa paling tua di dunia, sekali gus memadamkan rekod yang diciptanya dua tahun lalu. Ramjeet Raghav, 96, berada di sisi isterinya, Shakuntala, ketika wanita terbabit melahirkan anak kedua mereka, Ranjeet, seberat kira-kira dua kilogram, bulan lalu.

Bekas ahli gusti itu mencipta rekod dunia pada 2010 apabila Shakuntala dikatakan berusia 60 tahun melahirkan anak sulung mereka, Vikramjeet. Tahun lalu, Ramjeet berkata, menjadi bapa amat memenatkan dan dia tidak bercadang mendapatkan anak kedua walaupun sebelum itu mengakui mengadakan hubungan seks tiga kali setiap malam dengan isterinya. Namun, semalam, Ramjeet berkata, dia berasa amat bertuah dikurniakan anak kedua.

“Ia memang mencabar tetapi saya tetap gembira,” katanya. Keluarga itu tinggal di sebuah pondok dua bilik di Kharkhoda.

Hasil pekerjaannya sebagai petani, Ramjeet memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan. Ramjeet mendakwa amalannya memakan susu, mentega dan badam membantunya menjadi awet muda. “Saya sangat berkemampuan mendapatkan lebih ramai anak,” katanya.

Namun, kata Ramjeet, dia meminta isterinya mengambil langkah perlu bagi menghalang kehamilan. “Saya mahu anak-anak saya bersekolah dan berjaya. Jika ada anak lagi, saya tak berkemampuan membiayai mereka,” katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18

Bakal pengantin mati kemalangan


MOHD. ADAM seorang anggota Rela terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


GEORGE TOWN – Hasrat seorang pemuda untuk melangsungkan pernikahan dengan tunangnya pada awal bulan depan berkecai apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Sheikh Mohd. Adam Mohd. Ishak, 20, mati di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di kepala.

Bagaimanapun, tunangnya Noorfazliana Mohd. Ramli, 22, hanya cedera ringan.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas motosikal yang dinaiki mangsa bersama tunangnya dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan di Lebuh Raya Lembah Permai.

Rempuhan kuat menyebabkan Mohd. Adam yang merupakan anggota Skuad Muda Ikatan Relawan Malaysia (Rela) Timur Laut tercampak ke bahu jalan dan menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Wanita sembunyi arak curi di celah paha


>SELVAKUMAR (kiri) dan Michael (tengah) menunjukkan gambar beberapa suspek yang terlibat dalam kegiatan mencuri barangan di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika mencuri lima karton minuman keras di sebuah pasar raya dekat sini baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku pada 27 September lalu di KK Supermart di Taman Bukit Serdang di sini dilakukan secara berkumpulan yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak.

Menurut Pengurus Kawalan Keselamatan KK Supermart, S. Selvakumar, kejadian hanya disedari selepas dia mendapati stok simpanan minuman tersebut berkurangan pada 29 September lalu.

“Apabila meneliti semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), beberapa suspek didapati berpakat mencuri lima karton minuman keras yang setiap satunya seberat 12 kilogram dan satu pek minuman Milo. Lebih mengejutkan, rakaman itu menunjukkan barang-barang itu dicuri oleh seorang wanita yang menyembunyikannya di celah paha sebelum dibawa keluar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Bayi 8 bulan mangsa dera meninggal dunia


Nur Irisyafida Balkis dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
 HALIM M KAMAL

BATU PAHAT - Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini. Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru hendak belajar berjalan, tidak sempat menggunakan 'baby walker' yang dibelinya.

Sinar Harian 17 Oktober 2012

Wednesday 17 October 2012

Cinta samseng


BUKTI...Yashini (kiri) dan Shantini menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas menjadi mangsa belasahan.
Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my    

SEREMBAN: Akibat menolak cinta, seorang gadis dibelasah teman lelakinya hingga pengsan selain cedera di bibir menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, kelmarin. Lebih teruk, mangsa, M Yashini, 18, yang menuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara, dibelasah di depan saudara-mara serta rakan suspek di rumahnya di Taman Limau Emas, Rasah, di sini. Yashini berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, dia menemui teman lelakinya itu di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban, sejurus tiba dari Kuala Lumpur, kira-kira jam 4.30 petang.

“Ketika itu saya cuba menjelaskan tidak mahu lagi berkawan dengannya menyebabkan dia berang dan bertindak kasar. Saya terus pulang, namun dia mengekori sehingga ke rumah dan berlaku pertengkaran serius antara kami. Tiba-tiba dia memukul saya dengan objek keras menyebabkan cedera di bibir dan kepala serta tidak sedarkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17

Cerpen lucah telefon bimbit


Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

IPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu. Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu. Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan.

“Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu. Walaupun kebanyakan laman web lucah tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita lucah dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17
BUKTI...Rosli menunjukkan gambar lucah laman web terbabit.

Tembakan isi minyak


Oleh Siti Fatimah Hassan dan Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
         
KOTA BHARU: “Saya baru saja mahu mengisi minyak kenderaan sebelum terdengar bunyi tembakan beberapa kali. Disebabkan panik, saya tidak sempat berfikir atau melihat apa-apa,” kata Ong Sok Cha, 48, saksi kejadian samun dan tembak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, seorang peniaga berbangsa Siam luka di bahagian kanan kepala dan lengan selepas terkena tembakan dilepaskan seorang suspek. Mangsa, Samnuan Sunnuan, 21, dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila mangsa bersama rakan wanitanya, Lee Win Dee, 20, singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak kereta Perodua Myvi sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang membawa sepucuk pistol dan memasuki kereta itu. Akibat ketakutan, Lee berlari keluar lalu masuk ke dalam kereta Proton Wira milik Ong sambil diikuti suspek, Samnuan ditembak tiga das ketika cuba membantu rakannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17
>TEMBAK...beberapa anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian dan kesan tembakan di kereta Proton Wira milik Ong ( gambar kecil).

Elak sebar ‘superbug’


Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
         
PUTRAJAYA: Bagi mengawal penggunaan antibiotik, sekali gus mengelakkan penularan ‘superbug’ iaitu bakteria imun terhadap antibiotik, semua pengamal perubatan di negara ini termasuk ahli farmasi dinasihatkan supaya tidak memberikan ubat berkenaan sewenang-wenangnya walaupun ‘dipaksa’ pesakit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, nasihat itu berikutan ada pesakit yang menjadi ‘doktor’ sendiri dengan menyenaraikan ubatan termasuk antibiotik kepada ahli farmasi tanpa mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu sehingga menyebabkan penggunaannya tidak terkawal. Menurutnya, penggunaan antibiotik tidak terkawal dan berhemat menyebabkan wujudnya masalah Rintangan Antimikrob (AMR) yang kini dianggap satu situasi membimbangkan, bukan saja di negara ini tetapi seluruh dunia.

“Kita mesti melancarkan perang untuk menentang AMR kerana kita sudah kehabisan peluru apabila dalam tempoh lebih tiga puluh tahun hanya dua antibiotik baru ditemui atau dalam kata lain musuh kita bertambah kuat. Jadi, kita nasihatkan doktor supaya menggunakan kebijaksanaan mereka dengan memberi antibiotik secara berhemat dan jangan berlebihan, sementara orang ramai diminta menghormati profesionalisme doktor atau ahli farmasi dengan tidak meminta antibiotik sembarangan tanpa mendapatkan nasihat pakar. Ahli farmasi yang dikesan menjual antibitiotik sewenang-wenangnya kepada orang ramai tanpa preskripsi daripada doktor boleh dikenakan tindakan tatatertib,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik Tahunan mengenai AMR 2012 dan Kempen Memerangi AMR Peringkat Kebangsaan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Christopher Lee.
Liow berkata, AMR akan menyebabkan jangkitan tidak dapat dirawat dengan mudah dan lebih banyak antibiotik akan digunakan untuk merawat pesakit, malah lebih membimbangkan ia turut meningkatkan risiko kematian kepada pesakit.

Katanya, Tinjauan Kebangsaan Rintangan Antibiotik di hospital kerajaan sejak 1999 mendapati rintangan terhadap Methicillin Resistant Staphyloccus Aureus (MRSA) iaitu sejenis bakteria yang kebal antibiotik seperti metisilin, oksasilin, penisilin dan amoxicillin memang menurun sejak empat tahun lalu iaitu daripada 21.6 peratus pada 2007 kepada 19.2 peratus tahun lalu.

Tetapi katanya, mikro organisma ‘streptococcus pneumonia’ menunjukkan peningkatan rintangan terhadap antibiotik makrolida dengan kadar 21.9 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus pada 2010, sementara bakteria ‘acinetobacter’ menunjukkan peningkatan rintangan terhadap antibiotik ‘carbapenem’ daripada 35 peratus pada 2005 kepada hampir 57.4 peratus tahun lalu.

Penggunaan antibiotik di negara ini dikesan meningkat dan kajian mendapati kadar pemberian antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan (URTI) adalah tinggi iaitu 46.7 peratus di klinik swasta dan 27.8 peratus di klinik kerajaan. Kajian jelas menunjukkan penggunaan antibiotik semakin meningkat walaupun hakikatnya penyakit berkaitan URTI tidak memerlukan antibiotik untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17
Gambar oleh mynewshub.my

Tuesday 16 October 2012

Ketulenan bahasa Melayu harus dimartabatkan


16/10/2012 6:09pm

KUALA LUMPUR — Bahasa Melayu harus dimartabatkan ketulenannya demi memastikan bahasa itu yang jelik tidak diwarisi kepada generasi akan datang, kata seorang tokoh pejuang bahasa Melayu hari ini.

Profesor Dr. Teo Kok Seong, 59, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, imej bahasa Melayu semakin tercemar dengan penggunaan bahasa pasar dan bahasa rojak yang kerap digunakan oleh generasi hari ini.

Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM itu berkata, bahasa Melayu wajar digunakan di semua sektor awam serta swasta dan kualitinya mestilah berada pada tahap yang betul untuk memberi imej yang baik.

"Aspek tatabahasa, imbuhan dan kosa kata harus difahami. Apa yang penting kita kena mengubah sikap untuk membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara,” katanya selepas menerima anugerah Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di sini.— BERNAMA

Foto oleh sinarharian.com.my



Walaupun para karyawan atau persendirian atau para kementerian mahupun diri saya mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu baku tapi itu tidak memberi apa-apa kesan pada generasi muda kini. Mereka lebih suka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama atau perhubungan. Perkara ini harus diterapkan dari rumah mereka sendiri. Begitu juga dengan masalah sosial anak muda mudi. Ibubapalah yang harus memainkan peranannya itu untuk membentuk jati diri anak-anak mereka. Pendidikan asas kehidupan sememangnya bermula dari rumahnya jadi mana mungkin ibubapa sewenang-wenangnya mengalahkan orang lain atas pemasalahan yang dilakukan oleh anaknya sendiri dan begitulah dalam berbahasa jua.  Walaupun anak2 saya boleh bertutur dalam bahasa lain selain Bahasa Melayu tetapi di dalam rumah sendiri mereka haruslah bertutur dalam bahasa tersebut dengan baik jadi tidak hairanlah kami menggunakan bahasa diri sendiri mereka dengan SAYA bukannya nama manja atau kita atau kami atau orang dan sebagainya. Jom berbahasa melayu dengan baik dan betul.. !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...