Pages

♥ikLaN

Followers

Thursday 4 October 2012

Balut ganja macam cempedak dan ubi kayu

 MOHD ISKANDAR OTHMAN

GEORGETOWN - Tindakan licik seorang pengedar dadah yang membungkus ganja menyerupai buah cempedak dan ubi kayu tidak berjaya mengaburi mata polis apabila  ditahan awal pagi tadi. Lelaki berusia 50-an itu ditahan bersama 23 bungkusan ganja seberat 28 kilogram (kg) yang ditemui di dalam karung guni dalam but keretanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Superitenden S Batumalai berkata, lelaki berkenaan ditahan di Bayan Baru kira-kira jam 3.30 pagi dan dipercayai dalam perjalanan ke Georgetown untuk menghantarnya kepada seorang pengedar lain.

Menurutnya, ini kali pertama pihaknya menemui bungkusan dadah dalam bentuk itu.
“Selama ini bungkusan dadah berbentuk empat segi dan mempunyai berat sama tetapi kali ini bentuk macam ubi kayu atau cempedak. Setiap bungkusan mempunyai berat berbeza di antara satu hingga tiga kilogram," katanya pada sidang media di sini.

Batumalai berkata, suspek berkenaan mempunyai dua kesalahan lampau membabitkan dadah iaitu pada 2009 dan 2010. Menurutnya, suspek kini ditahan reman hingga 9 Oktober ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

SH : 3 Oktober 2012 > Supt.Batumalai (kanan) bersama Insp Mohd Kamal Abd Wahab menunjukkan ketulan mampat dadah jenis ganja yang dirampas semasa mengadakan sidang media. -Foto Bernama



Siapa KAYA..?! Pencipta dan penjual/pengedarlah yang KAYA.. pengagih dan keluarga pula jadi KELAM-KABUT kerananya.. JAUHI DADAH KITA BAHAGIA.. bahagia itu lebih penting dari kaya-raya tapi sudah kaya-raya pasti bahagialah o_~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...