Pages

♥ikLaN

Followers

Tuesday 16 October 2012

Jambatan kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu siap 76.5 peratus


Sinar Harian 15 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - Setakat 31 Dis lepas, Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu di Kelantan telah siap sebanyak 76.5 peratus, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. Menurut laporan itu, projek bernilai RM143 juta tersebut diberi tempoh 30 bulan bermula 18 Jun 2007 hingga 17 Dis 2009, namun projek itu gagal disiapkan dan Kementerian Kerja Raya telah menyerahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn Bhd pada Mac 2010 untuk meneruskan baki projek. "Satu perjanjian tambahan telah ditandatangani pada 14 Sept 2011 bagi melanjutkan tempoh kontrak selama 96 hari bermula 9 Ogos 2011 hingga 13 Nov 2011," kata laporan itu.
   
Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan sebelum ini memaklumkan jambatan itu boleh digunakan sebahagian (dari Pasir Pekan ke Kota Bharu) pada Februari depan.
Laporan itu juga menyebut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), yang menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion, hanya membelanjakan RM1.1 bilion (73.4 peratus) daripada peruntukan yang diluluskan bagi tempoh 2006 hingga 2011.

"Maklum balas daripada KPT menyatakan bilangan anggota akademik IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) yang ditaja tidak mencapai angka yang disasarkan kerana kekurangan calon yang layak," menurut laporan tersebut.
   
Sehubungan itu, KPT menganjurkan program temuduga secara berpusat di United Kingdom, Australia dan New Zealand serta memperuntukkan kuota tajaan kepada IPTA mulai 2008 dan sebanyak 2,430 calon untuk 10 IPTA terpilih iaitu seramai 1,652 (68 peratus) telah ditaja untuk tempoh 2008 hingga 2010. Kementerian Kesihatan pula berjaya menyelesaikan masalah susun atur stok di dalam stor dan aspek keselamatan stor dengan mengambil beberapa langkah sistematik.
   
Laporan itu menyebut KKM telah disyor mempertingkat langkah keselamatan di stor utama serta stor unit dengan menambah bilangan pengawal keselamatan, membuat pemeriksaan fizikal berkala dan memperbanyak kamera litar tertutup (CCTV) selain memberi latihan berkesan kepada pegawai berhubung tatacara pengurusan stor. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...