Pages

♥ikLaN

Followers

Tuesday 9 October 2012

Pemandu teksi maut di kubur

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi sempat melarikan diri kira-kira 200 meter sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang dan ditikam dalam kejadian di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari, Cheras, di sini, semalam. Mangsa yang berusia 40-an ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring berlumuran darah dipercayai diserang sebelum dirompak.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, mangsa mati parah di perut akibat ditikam selain dipukul dengan objek tumpul di kepala. Beliau berkata, pemeriksaan unit forensik di tempat kejadian menemui dua pisau pemotong sayur masing-masing berhampiran mayat mangsa dan dalam teksinya.
“Kami percaya mangsa diarahkan untuk memandu ke tanah perkuburan ini sebelum dirompak dan dicederakan. Kejadian itu dipercayai dilakukan lebih daripada seorang. Bagaimanapun, mangsa yang ketika itu parah cuba mendapatkan bantuan, tetapi gagal sebelum meninggal dunia,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga dan beg duitnya tidak ditemui. “Pemeriksaan dalam teksi mangsa mendapati terdapat kesan darah di tempat duduk pemandu dan polis percaya mangsa diserang ketika berada dalam teksi,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...