Pages

♥ikLaN

Followers

Saturday 13 October 2012

Peniaga penipu guna timbang haram


megat@kosmo.com.my

>OTHMAN memeriksa sebuah alat timbang dalam satu operasi di Pasar Besar Klang, Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM 13.10.2012– Segelintir peniaga yang menggunakan alat timbang tamat tempoh dan diubah suai dikesan begitu licik menyembunyikan kegiatan mereka dengan membawa lari atau menyorok alat timbang ‘haram’ itu sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa. Peniaga terbabit juga sepantas kilat akan menukar alat timbang lain yang sah mengikut peraturan lalu meneruskan perniagaan seperti biasa seolah-olah tiada kesalahan dilakukan.

Modus operandi para peniaga terbabit kini menjadi cabaran besar kepada pegawai dan anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor ketika menjalankan operasi membanteras kegiatan itu di pasar besar-pasar besar seluruh negeri itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, pihaknya terpaksa menggunakan ramai anggota setiap kali membuat serbuan di pasar besar bagi mengesan dengan cepat kesalahan yang dilakukan peniaga termasuk alat timbang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...