Pages

♥ikLaN

Followers

Monday 15 October 2012

JKM cari waris bayi, kanak-kanak lelaki



Bayi lelaki  dan VIJAY CHINAKANU

WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Oktober 2012

Bayi lelaki
VIJAY CHINAKANU

SHAH ALAM - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang mengesan waris seorang bayi dan kanak-kanak lelaki yang kini ditempatkan di institusi kebajikan milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bayi lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditemui berhampiran Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Mengikut rekod, bayi itu dilahirkan pada 18 April lalu di HTAR.

Sementara itu, kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Vijay Chinakanu, 14 tahun, dipercayai warga Myanmar. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris berkenaan diminta menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-kanak, Tuah Sajali dan Nor Azian Sharfador Khan di talian 03-33413724.

Mereka juga boleh ditemui di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Tingkat Bawah, Bangunan Pejabat Kerajaan, Klang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...