OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang
petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya. Terry Garner,
69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di
ladangnya di Oregon.
Seorang anggota keluarga kemudian menemui
cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian
besar mayat petani terbabit. Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat
sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram. Siasatan dilancarkan untuk
memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap.
Frasier
memberitahu akhbar The Register-Guard: “Apa yang kami tahu, ia
kemalangan ngeri. Tetapi kami perlu melihat pada semua kemungkinan.”
Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi
betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang itu. -
Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03
No comments:
Post a Comment