Pages

♥ikLaN

Followers

Friday 5 October 2012

Koma angkara jalan rosak

BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara.
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini. Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah. Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/05



Semoga beliau beransur pulih hendaknya.. kecuaian pihak berkenaan amat dikesali.. Takdir ya..?! buatlah kerja dengan amanah dan jangan makan gaji buta.. bonus dan gaji kakitangan kerajaan sudah naik jadi jangan amalkan sikap malas itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...