Pages

♥ikLaN

Followers

Monday 24 September 2012

Gigit lengan murid


SAKIT...Farhan menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat digigit guru.
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini. Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung. Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24

*******___________________******_________________******

‘Cikgu rimau’ mohon maaf
         
KUALA LUMPUR: Guru lelaki yang menggigit lengan seorang murid tahun enam di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, Kajang sehingga cedera menghubungi keluarga kanak-kanak itu untuk memohon maaf. Bapa murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata guru itu menghubungi dia semalam untuk memohon maaf dengan alasan tidak sengaja berbuat demikian.

“Tapi bagi saya sudah terlambat dia mahu memohon maaf, kalau kejadian itu tidak dilaporkan di Harian Metro, saya tidak fikir dia akan menghubungi saya,” katanya yang dihubungi semalam. Abu Bakar berkata, laporan polis juga sudah dibuat, jadi terpulang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Saya difahamkan siasatan polis sudah berjalan, jadi saya menunggu apa tindakan selepas ini,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan mangsa, Farhan, 12, cedera di bahu kiri akibat digigit guru kerana tidak dapat menyebut perkataan ‘boys’ dengan betul. Akibat kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, anak bongsu daripada empat beradik mengalami tekanan perasaan dan trauma. Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bangi pada malam kejadian.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, berdasarkan maklumat daripada Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat, guru terbabit sekadar bergurau. “Murid itu tidak trauma dan datang ke sekolah seperti biasa namun kejadian itu masih dalam siasatan polis,” katanya yang dihubungi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/25

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...