Pages

♥ikLaN

Followers

Thursday 13 September 2012

Bapa bedil kepala sendiri

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
        
IPOH: Rasa kesal atas tindakan menembak anaknya dalam satu kejadian petang kelmarin, dipercayai menjadi punca bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

S Ravindran, 44, didakwa melepaskan dua das tembakan ke arah kaki anaknya, R Hariharen, 15, selepas bertengkar dengan isterinya di hadapan rumah mereka di Taman Panorama Indah, Gunung Rapat, di sini, jam 4.40 petang kelmarin. Sumber polis berkata, dia ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13

LAPORAN BERITA SEBELUM INI :

Demi nyawa ibu
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan ; wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam. Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta. Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...