Pages

♥ikLaN

Followers

Monday 17 September 2012

30 tahun tak berubah


Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my
         
KUALA LUMPUR: “Melalui kajian serta analisis yang dilakukan, kes bunuh di negara ini tidak meningkat sebaliknya statistik yang dicatatkan sama seperti yang berlaku sejak 30 tahun lalu,” kata Pakar Kriminologi dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr P Sundramoorthy.

Dr Sundramoorthy berkata, melalui kajian yang dilakukannya dalam Projek Jenayah di Malaysia mendapati dari 1977 sehingga 2010, statistik kes bunuh dicatatkan ialah antara dua hingga tiga kes bagi 100,000 penduduk dan statistik terbabit tidak pernah berubah.

Katanya, apa yang menyebabkan persepsi masyarakat terhadap kes bunuh di negara ini semakin meningkat ialah apabila kes terbabit yang berlaku dalam bentuk berbeza dan lebih ganas berbanding tahun sebelumnya. Menurutnya, kewujudan media baru semakin bercambah menyebabkan berita terbabit mudah disebarkan dan ini adalah perkara positif membolehkan orang ramai lebih berwaspada setiap masa.


“Dulu mana ada media yang banyak dan disebabkan itu kita tidak dapat mengetahui kes yang berlaku. Sekarang kalau media arus perdana tidak siarkan pun, kita dapat ketahui melalui Internet.
Saya jelaskan di sini, pihak polis tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana tiada peningkatan kes bunuh sebenarnya yang berlaku. Kita perlu ambil kira pertambahan penduduk di negara ini sebelum membuat sebarang persepsi kononnya kes bunuh meningkat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya lagi, kebanjiran pendatang asing tanpa izin juga menjadi faktor masyarakat melihat kes bunuh di negara ini semakin meningkat kerana membabitkan warga luar yang berhijrah ke sini.
Katanya, persepsi penambahan peningkatan kes bunuh ini sepatutnya tidak wujud kerana ia akan menyebabkan pelancong dari luar bimbang untuk datang ke negara ini sedangkan kajian dilakukan mendapati sebaliknya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/17

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...