Pages

♥ikLaN

Followers

Monday 24 September 2012

600 budak mangsa seksual paderi


Ketua Paderi Melbourne, Denis Hart menggambarkan jenayah itu adalah jijik dan memalukan sekali gus menjatuhkan maruah mereka.
24 September 2012

MELBOURNE - Pengurusan Gereja Roman Katolik Australia di Victoria mengesahkan lebih 600 budak perempuan menjadi mangsa serangan seksual paderi sejak tahun 1930-an. Ketua Paderi Melbourne, Denis Hart menggambarkan jenayah itu adalah jijik dan memalukan sekali gus menjatuhkan maruah mereka.

Pengakuan itu terbongkar melalui satu penyerahan kertas siasatan melibatkan beberapa kes penderaan kepada Parlimen yang mana disangkal oleh ahlinya bahawa jumlah sebenar mangsa dera mungkin meningkat kepada 10,000 kanak-kanak. Setakat ini, pihak gereja memaklumkan hanya 620 kes penderaan seksual kanak-kanak berlaku sejak 80 tahun lalu dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, selain menyiasat 45 kes baru.

Dalam satu kenyataan, Hart berkata, semua pihak harus telus dan terbuka apabila membincangkan isu yang tragis di Victoria dan mungkin tempat-tempat lain. "Siasatan dilakukan bagi membela mangsa selain memeriksa tindak balas pihak gereja secara meluas terutama sepanjang 16 tahun lalu dan beberapa cadangan mempertingkatkan penjagaan mangsa selain mencari langkah pencegahan," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Chrissie Foster mendedahkan dua anak perempuannya dirogol seorang paderi sejak pertengahan 1980-an dan gereja hanya mendedahkan angka sebenar pada Jumaat lalu. "Kami telah membuat laporan polis namun sehingga kini pihak gereja tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap paderi berkenaan," kata Foster.

Kerajaan negeri Victoria terpaksa membuka siasatan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh pengamal agama dan badan bukan kerajaan selepas puluhan mangsa  membunuh diri. -Al-Jazeera


Disturbing memories: Jenny Tiffin alleges she was raped by serial pedophile priest Gerard Ridsdale. Inset: the two at the Nazareth House children's home in Ballarat. Photo: Penny Stephens

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...