Pages

♥ikLaN

Followers

Friday 14 September 2012

Juara Olimpik sempurnakan menara Lego tertinggi

PRAGUE: Atlet Czech yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 2012 baru-baru ini memberikan sentuhan terakhir pada menara Lego tertinggi di dunia, semalam. Pemenang acara mendayung solo, Miroslava Knapkova meletakkan blok terakhir di menara setinggi 32.3 meter itu, sekali gus memadamkan rekod terdahulu dengan hanya beberapa sentimeter.

Menara berkenaan dibina sempena ulang tahun ke-80 Lego dan mengambil masa kurang dari empat hari untuk disiapkan. Kira-kira setengah juta blok digunakan untuk membina menara berkenaan Lego membina menara pertama pada 1988 di London dengan ketinggian hampir 15.2 meter. Sejak itu, rekod menara Lego tertinggi diperbaharui lebih 30 kali di pelbagai tempat, termasuk di Toronto, Windsor, Vienna dan Munich. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...