Pages

♥ikLaN

Followers

Sunday 23 September 2012

Padah sorok di bumbung


PARAH... anggota JPAM memeriksa pendatang yang parah selepas terjatuh dari tingkat lima.
Oleh YUSMAWATI MHD YUSOF
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang pekerja kontrak warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, dekat sini ketika cuba melarikan diri dalam Ops 6P, Jabatan Imigresen negeri. Dalam kejadian jam 11.50 malam kelmarin, lelaki dikenali sebagai Mathoseh, 35, dari Jawa Timur itu sedang menyorok dengan meniarap di atas bumbung Pangsapuri Taman Tasik Utama sambil berpaut pada tembok batu di bumbung itu.

Bagaimanapun, ketika pegawai imigresen menyelamatkan seorang lagi wanita yang sedang duduk di tembok berkenaan, mangsa yang sedang berpaut itu tiba-tiba menggelongsor jatuh berhampiran kawasan tangga pangsapuri berkenaan. Mangsa yang parah di muka, tangan dan kaki sempat diajar mengucap syahadah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Namun, mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu disahkan meninggal dunia jam 12 tengah hari semalam. Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, sebelum kejadian lelaki yang dipercayai tidak mempunyai sebarang dokumen itu berada di dalam sebuah rumah bersama enam lagi rakannya. Katanya, pegawainya terpaksa memecah pintu rumah di tingkat lima yang dihuni tujuh warga Indonesia itu ketika pemeriksaan kerana mereka enggan memberi kerjasama.

“Apabila pegawai kami memperkenalkan diri bagi melakukan pemeriksaan di rumah itu, mereka melarikan diri ke bumbung pangsapuri dengan memanjat siling. Pemeriksaan di bumbung mendapati enam orang masing-masing lima perempuan dan seorang lelaki sedang duduk di situ, manakala mangsa yang tidak disedari sedang berpaut tiba-tiba menggelongsor jatuh,” katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen negeri, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam operasi bermula jam 11 malam kelmarin hingga 3.30 pagi semalam, seramai 32 warga asing berusia 18 hingga 47 tahun termasuk seorang wanita berusia 31 tahun warga Kemboja yang sarat mengandung tujuh bulan ditahan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, operasi disertai 25 pegawai jabatan itu bersama dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan di tiga lokasi iaitu pangsapuri berkenaan, sebuah pusat hiburan di Melaka Raya dan sebuah rumah di Paya Rumput, dekat sini. “Mereka yang ditahan adalah 21 wanita dan 11 lelaki terdiri daripada sembilan warga Indonesia, Thailand (6), Myanmar (1), China (14) dan Kemboja (2),” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...