Pages

♥ikLaN

Followers

Monday 24 September 2012

Doktor polis dituduh membunuh



BANGKOK: Pihak berkuasa menahan seorang doktor polis yang disyaki membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan menanam mayat itu di tanahnya, semalam.
Petugas di Hospital Besar Polis, Supat Laohawattana, dituduh membunuh sepasang suami isteri tempatan yang didakwa berselisih faham dengannya beberapa tahun lalu. Mahkamah Phetchaburi mengeluarkan waran tangkap ke atas Supat dan isterinya kerana mengurung pasangan itu secara haram serta memiliki barangan curi.

Samart Noomjui dan isterinya, Orasa Kerdsap, kedua-duanya 27 tahun, hilang bersama kereta pikap Toyota mereka pada Jun 2009 selepas bertengkar dengan Supat. Kenderaan mangsa ditemui pada 15 September lalu di kawasan sebuah rumah yang ada kaitan dengan Supat di Nonthaburi.

Pegawai polis tempatan berkata, siasatan lanjut menemukan mereka dengan tiga rangka di kawasan rumah Supat di daerah Tha Yang, Phetchaburi. Seorang lelaki Myanmar dikenali sebagai Kala yang pernah bekerja dengan Supat turut mendakwa tertuduh menyeksa dan memaksanya menanam mayat seorang lagi pekerja. Polis berkata, lelaki terbabit terbunuh apabila Supat memaksanya meminum racun serangga. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...