Suami lanyak sampai lembik
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan ; wanasr@hmetro.com.my
IPOH: Seorang wanita muda nekad merakam aksi dia dibelasah suaminya selama hampir setengah jam sebelum rakaman itu dimuat naik ke Internet menerusi laman YouTube sehingga menarik perhatian lebih 35,878 pelayar.
Klip video bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ itu memaparkan mangsa, Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya yang berusia 20-an hingga cedera teruk. Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan terbabit di Ipoh Garden South, di sini.
Rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik sendiri oleh Amanda ke akaun facebook (fb) miliknya pada 30 dan 31 Ogos lalu sebelum ia turut dimuat naik ke laman YouTube kelmarin. Lebih mengejutkan, Amanda turut berkongsi pengalaman pahit itu menerusi catatan di laman facebook termasuk menyiarkan gambar kesan lebam dan luka akibat dibelasah suaminya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/05
‘Saya sesal pukul dia’
Oleh Mohd Husni Mohd Noor ; mhusni@hmetro.com.my
IPOH: “Saya pelik apabila dia mampu membeli pakaian mahal dan tiba-tiba mempunyai banyak wang. Saya syak dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk,” kata seorang pengurus pemasaran, Calven Chik Foo Keong, 26, yang terbabit dalam kes memukul isterinya, Amanda Fong, 19, sebelum kejadian itu menjadi topik hangat di laman sesawang YouTube. Dia yang menjadi cemuhan puluhan ribu pengguna Internet sejak tiga hari lalu menyedari kesilapan dilakukan dan tidak mahu mencari sebarang alasan bagi menutupi kesalahannya itu.
Menurutnya, dia menyesal kerana memukul isterinya hingga cedera selepas berlaku pertengkaran mulut dengan wanita berkenaan. “Saya tidak mahu bercerita panjang atau menyalahkan sesiapa, namun perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk campur tangan ibu mertua saya,” katanya yang dipetik dari sebuah portal berita. Calven berkata, dia juga mengesahkan isterinya itu pernah menghadapi tekanan perasaan sehingga dikatakan pernah menggugut untuk membunuh diri.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/07
No comments:
Post a Comment