Pages

♥ikLaN

Followers

Monday 24 September 2012

Naik angin bapa tidak beri duit


Zapri menutup mukanya mengelak daripada dirakam selepas dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret.
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 September 2012

KUALA TERENGGANU - Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan oleh si bapa, seorang buruh tergamak mengugut bukan sahaja akan mencederakan bapanya, malah akan mencederakan semua ahli keluarga termasuk ibu dan adik-beradik. Bagaimanapun, perbuatan buruh, Zapri Razali, 23, menerima pembalasan setelah dikenakan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Zapri mengaku dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera kepada bapanya, Razali Muda, 59, pada 10 Ogos lalu kira-kira jam 11 malam. Zapri mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun yang sama itu di kediaman mereka di Kampung Gong Pak Maseh, di sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...